HafizFirdaus.com

  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
Utama arrow Makalah arrow Majalah Pa & Ma arrow Soal Jawab Agama
Soal Jawab Agama
Soal Jawab Agama Ogos 2010 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Pengendali Laman   
Friday, 13 August 2010

Soalan 1: Meninggal Dunia Ketika Hamil.

Sahabatsaya meninggal dunia ketika hamil tiga bulan. Saya pernah mendengar pendapatyang menyatakan apabila wanita yang hamil meninggal dunia, dia tergolongsebagai mati syahid. Benarkah? Shazreen, Shah Alam.

Jawapan:

Matasyahid terbahagi kepada dua jenis, syahid besar dan syahid kecil. Syahid besarmerujuk kepada seorang muslim yang meninggal dunia di medan perang ketikaberjuang membela Islam. Orang yang gugur syahid seperti ini jenazahnya tidakdimandikan, tidak dikafankan dan dikebumikan di tempat beliau gugur, iaitu dimedan perang itu sendiri.

Syahidkecil merujuk kepada seorang muslim yang meninggal dunia dalam keadaandizalimi, keadaan mengerikan atau dalam keadaan sedang melakukan pengorbanan.Contohnya ialah meninggal dunia ditikam perompak, dihempap bangunan dan keranawabak penyakit. Orang yang meninggal dunia seperti ini jenazahnya diuruskanseperti biasa. Di Hari Akhirat kelak, mereka dihimpunkan bersama mereka yanggugur syahid di medan perang.

 

Baca lagi...
 
Soal Jawab Agama Julai 2010 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Pengendali Laman   
Wednesday, 14 July 2010

Soalan 1: Nama Anak Angkat.

Apakahharam hukumnya apabila seseorang itu mengambil anak angkat lalu memberi namadengan menggunakan nama ayah angkatnya, tanpa menggunakan “bin” atau “binti”.Adakah ia dibenarkan dalam syarak? Musykil, Sungai Besar, Selangor.

Jawapan:

Jikadiperhatikan nama saya Hafiz Firdaus Abdullah, mudah diketahui bahawa nama ayahsaya ialah Abdullah. Ini kerana sekalipun tidak digunakan “bin”, kebiasaanmasyarakat akan dapat mengenal pasti bahawa nama saya ialah Hafiz Firdaus binAbdullah.

Dalammemberi nama kepada anak angkat, ia tidak boleh disandarkan kepada nama ayahangkatnya tanpa mengira sama ada menggunakan “bin”, “binti” atau tidak. ApabilaEncik Hasan mengambil anak angkat lalu diberikan nama Kamaruddin, tidak bolehdisandarkan kepada namanya. Tidak boleh menamakan anak itu Kamaruddin bin Hasanmahupun Kamaruddin Hasan. Dalil larangan ini ialah firman Allah SWT:

“Panggilahanak-anak angkat itu dengan bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebihadil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapamereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dansebagai "maula-maula" kamu.” [Surah al-Ahzab, ayat 5]

 

Baca lagi...
 
Soal Jawab Agama Jun 2010 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Pengendali Laman   
Friday, 11 June 2010

Soalan 1: Memberi Nama Kepada Anak.

Memilih nama anaksememangnya tugas penting dalam kehidupan ibubapa. Ada pendapat yang mengatakanmemberi anak nama “Muhammad” hukumnya adalah sunat. Boleh berikan pendapatberkenaan hal tersebut?

Mila, Beseri, Perlis.

Jawapan:

Terdapat beberapa riwayat hadis yangmenerangkan keutamaan memberi nama “Ahmad” dan “Muhammad” kepada seorang anak.Akan tetapi hadis-hadis tersebut semuanya lemah (dha’if), tidak ada yangsahih. Imam Ibn Bukair al-Baghdadi rahimahullah telah menulis sebuahkitab dalam bab ini, berjudul Fadhail Man Ismuhu Ahmad wa Muhammad. Didalamnya beliau telah menghimpun hadis-hadis berkenaan keutamaan memberi nama“Ahmad” dan “Muhammad” kepada seorang anak, namun tidak ada di antarahadis-hadis itu yang sahih.

Kesimpulannya, boleh memberi anakdengan nama “Muhammad” ataupun “Ahmad”. Namun jangan berkeyakinan hukumnyasunat dan dapat menjana pahala. Ini kerana hukum sunat tidak boleh disandarkankepada hadis yang lemah.


Baca lagi...
 
<< Mula < Sebelum 1 2 Kemudian > Akhir >>

Keputusan 1 - 8 terhadap 9
 
 

Statistik

397,033Visitors:
173Visitors today:
549Visitors yesterday:
232.59Visitors per day: Ø
2,067,038Page views:
2,304Page views today:
7,153Page views yesterday:
1,210.91Page views per day: Ø
5.21Page views per visitor: Ø
1,118Page views this page:
241Your own page views:
max.
64Max. online:
2009-05-21, 14:45:31at (date):
1,334Max. visitors per day:
2010-08-11at (date):
21,487Max. page views per day:
2010-08-19at (date):
 
2007-11-13Statistics started:

MENJAWAB FITNAH

Satu ruangan khas (menu utama) telah dibina bagi menjawab kekeliruan yang timbul disebabkan salahfaham terhadap perbincangan ilmu oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah. Sehubungan dengan itu, para pembaca budiman diharap dapat memaklumkan sebarang kenyataan atau perbincangan yang mngelirukan melibatkan perbincangan ilmu oleh Kapten Hafiz Firdaus samaada secara terus kepada beliau atau kepadapengendali laman. Harap maklum dan terima kasih.
 
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0 Unported License.