HafizFirdaus.com

  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
Utama arrow Kolum Bulanan arrow Majalah Pa & Ma arrow Soal Jawab Agama
Soal Jawab Agama
Soal Jawab Agama April 2012 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah   
Wednesday, 02 May 2012

Soalan 1: Menonton Video Lucah.

Suami saya kadang-kadang mengajak menonton video pornografi sebelum 'bersama', bertujuan membangkitkan rasa ghairah antara saya dan suami. Apakah hukumnya menonton video sedemikian bagi tujuan itu? Adakah tetap jatuh hukum haram kerana ia dilakukan bagi tujuan bermesra bersama pasangan. Untuk makluman pihak tuan, saya sedar suami melakukan sedemikian kerana diri saya agak kurang berahi ketika bersama dan keadaan begitu membuatkan saya berasa sakit dan tidak puas bersama.

 

Jawapan:

Meski pun tujuannya adalah baik, saya tidak mengetahui mana-mana fatwa para ulama’ yang membenarkannya, atau memberi kelonggaran dalam persoalan ini. Justeru hukum menonton video lucah tetap haram walau pun atas tujuan belajar cara membuat hubungan seks atau menaikkan berahi sebelum melakukan hubungan seks.

Dalam kes puan di atas, solusinya ialah suami perlu bijak bermain-main dengan puan untuk menaikkan berahi. Lelaki memang mudah terangsang berahinya, berbeza dengan wanita yang agak perlahan. Justeru suami tidak boleh terus menerkam isterinya, tetapi bermain-main untuk merangsang berahi isteri.

Be first to comment this article | Add as favourites (10) | Quote this article on your site | Views: 68

Baca lagi...
 
Soal Jawab Agama Mac 2012 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah   
Friday, 30 March 2012

Soalan 1: Haid mengelirukan

Saya menggunakan IUCD sejak anak berusia 6 bulan (haid pertama selepas bersalin). Haid saya teratur setiap bulan tetapi masuk bulan ke enam haid jadi tidak normal. Biasanya haid datang pada 26hb tetapi 9hb datang haid untuk dua hari sahaja, dan 29hb datang haid normal untuk sembilan hari. Selang seminggu haid datang lagi untuk 2-3 hari. Selepas itu keputihan berwarna coklat seperti tanda-tanda awal haid tetapi haid tidak keluar dan selang dua hari keputihan coklat keluar lagi. Masalah saya, tiap kali keputihan coklat keluar, saya tidak solat kerana beranggapan akan haid tetapi tidak datang haid dan saya mandi hadas dan bersolat. 

Bolehkah saya anggap keputihan coklat itu sebagai biasa, lalu solat seperti biasa kerana darah haid tidak keluar? Adakah solat saya sah atau saya perlu mandi hadas tiap kali keluar keputihan? 

 

Jawapan: 

Menggunakan IUCD atau apa-apa lain bentuk perancangan keluarga lazimnya akan mengganggu putaran haid dan ini seterusnya menyebabkan penggunanya sering keliru berkenaan hukum solat, mandi hadas dan bersetubuh dengan suami. Oleh itu saya tidak mengesyorkan apa-apa bentuk perancangan keluarga melainkan kondom. [Lihat Pa&Ma edisi November 2011]

Be first to comment this article | Add as favourites (13) | Quote this article on your site | Views: 167

Baca lagi...
 
Soal Jawab Agama Feb 2012 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah   
Saturday, 03 March 2012

Soalan 1: Suami Menolak Ajakan Isteri.

Apa yang saya tahu, jika isteri menolak ajakan suami untuk membuat hubungan seks, maka malaikat akan melaknat isteri sehingga subuh. Akan tetapi bagaimana pula sebaliknya jika suami yang menolak ajakan isteri untuk membuat hubungan seks, adakah suami akan dilaknat oleh malaikat juga? Tolong jelaskan apa yang mengganggu diri saya.

Syieda, Puchong, Selangor.

 

Jawapan:

Hadis-hadis Rasulullah dalam persoalan ini hanya menyentuh kepentingan isteri memenuhi ajakan suami untuk membuat hubungan seks dan ancaman kepada isteri yang enggan. Setahu saya, tiada hadis yang menyentuh kepentingan suami memenuhi ajakan isteri untuk membuat hubungan seks dan ancaman kepada suami yang enggan. Ini berlaku kerana lazimnya suami yang memiliki daya keinginan seks yang tinggi manakala isteri pula sibuk dengan urusan lain sehingga tidak memerhatikan keinginan seks suami.

Be first to comment this article | Add as favourites (16) | Quote this article on your site | Views: 177

Baca lagi...
 
Soal Jawab Agama Jan 2012 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah   
Thursday, 02 February 2012

Soalan 1: Harta Sepencarian.

Di sini saya ingin bertanyakan berkenaan takrif harta sepencarian serta bagaimana cara pembahagiannya.

Ummu Najah, Setapak, Kuala Lumpur.

 

Jawapan:

Harta sepencarian ialah harta yang diperoleh secara bersama sejak kedua-dua suami isteri bernikah. Harta sepencarian ada yang diperolehi secara langsung, yakni kedua-dua suami isteri bekerja untuk mendapatkan harta tersebut. Contohnya rumah yang didiami di mana kedua-dua suami isteri berkongsi bayaran pendahuluannya dan bayaran bulanan kepada pihak bank daripada gaji masing-masing.

Harta sepencarian ada yang diperolehi secara tidak langsung, seperti hanya suami yang bekerja tetapi isteri turut membantu dengan cara memberi sokong moral, membuat kerja rumah dan mendidik anak sebagai suri rumah.

Be first to comment this article | Add as favourites (26) | Quote this article on your site | Views: 169

Baca lagi...
 
Soal Jawab Agama Dis 2011 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah   
Wednesday, 04 January 2012

Soalan 1: Merancang Anak Cara Semulajadi.

Saya telah mendirikan rumahtangga dan usia perkahwinan kami 3 tahun. Alhamdulillah, setahun selepas berkahwin, kami telah dikurniakan seorang anak perempuan. Oleh itu, saya dan isteri telah berbincang serta bersepakat untuk “merancang”  tanpa menggunakan kondom dan ubatan. Saya membuang air mani di luar faraj sewaktu bersama. Saya ingin tahu apakah hukum dari perspektif Islam dan dari segi kesihatan. Mohon pandangan dari pihak Tuan.

Zack, Johor.

 

Jawapan:

Kaedah yang dilakukan di atas disebut sebagai azal. Yakni suami memasukkan zakarnya ke dalam vagina isteri. Apabila terasa untuk klimaks, suami mengeluarkan zakarnya agar air mani dipancut di luar.

 

Be first to comment this article | Add as favourites (38) | Quote this article on your site | Views: 250

Baca lagi...
 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 Kemudian > Akhir >>

Keputusan 1 - 8 terhadap 29
 
 

Statistik

822,434Visitors:
629Visitors today:
825Visitors yesterday:
352.47Visitors per day: Ø
3,810,370Page views:
2,968Page views today:
3,721Page views yesterday:
1,632.99Page views per day: Ø
4.63Page views per visitor: Ø
123Page views this page:
57Your own page views:
max.
64Max. online:
2009-05-21, 14:45:31at (date):
1,334Max. visitors per day:
2010-08-11at (date):
21,487Max. page views per day:
2010-08-19at (date):
 
2007-11-13Statistics started:
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0 Unported License.