|
Soal Jawab Agama Ogos 2011 |
|
|
|
|
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
|
|
Thursday, 25 August 2011 |
|
Soalan 1: Hutang Puasa Tahun Lepas.
Isteri saya sedang hamil 7 bulan Ramadhan tahun ini. Dia masih belum habis mengqadha puasanya yang lepas. Adakah dia perlu membayar
fidyah? Sham, Kepong, Kuala Lumpur.
Jawapan:
Sesiapa yang meninggalkan puasa Ramadhan kerana kesukaran-kesukaran yang diizinkan syar’e seperti tua, sakit, hamil, menyusukan
bayi, kerja berat (buruh kasar) dan musafir, maka dia wajib mengganti balik sama ada dengan berpuasa atau membayar fidyah.
Pilihan terbaik ialah menggantikan puasa, namun jika tidak mampu maka dibolehkan membayar fidyah. Allah berfirman: Wahai orang-orang
yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Be first to comment this article | Add as favourites (19) | Quote this article on your site | Views: 351 |
|
Baca lagi...
|
|
Soal Jawab Agama Julai 2011 |
|
|
|
|
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
|
|
Sunday, 31 July 2011 |
|
Soalan 1: Pendarahan Sebelum Bersalin.
Pada kedua-dua kehamilan, saya mengalami keluar tanda iaitu keluar darah bercampur lendir. Untuk anak pertama, saya bersalin dua hari
selepas keluar tanda dan anak kedua, sehari selepas keluar tanda. Soalan saya, apakah hukum darah yang keluar dan adakah saya perlu solat seperti biasa kerana saya masih mampu menunaikan solat
ketika kontraksi tidak terlalu kerap.
Aishah, Seri Kembangan, Selangor.
Jawapan:
Para ilmuan Islam sejak awal berbeza pendapat tentang pendarahan yang berlaku beberapa hari sebelum bersalin. Ini berlaku kerana tidak
ada dalil yang jelas dari al-Qur’an mahupun al-Sunnah berkenaan persoalan ini. Pendapat-pendapat mereka dapat saya ringkaskan sebagai berikut:
-
Ia adalah darah haid.
Lazimnya wanita yang hamil tidak mengalami haid. Namun dalam kes-kes terpencil, haid boleh berlaku dan ia dikenali melalui warna, kelikatan dan bau darah yang keluar.
Be first to comment this article | Add as favourites (28) | Quote this article on your site | Views: 966 |
|
Baca lagi...
|
|
Soal Jawab Agama Jun 2011 |
|
|
|
|
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
|
|
Monday, 27 June 2011 |
|
Soalan 1: al-Qur’an Sebagai
Ubat.
Saya ingin bertanya,
saya dan suami telah berkahwin selama 5 tahun dan masih belum dikurniakan cahaya mata. Sebagai mencari solusi, kami ada mengamalkan beberapa ayat dan petua dari al-Qur'an serta zikir-zikir,
yang diajar oleh ustaz serta ustazah yang kami kenal. Masalahnya, ustaz atau ustazah yang berbeza mengajar kami amalan yang berbeza. Baru-baru ini pula ada ruangan dalam majalah Pa & Ma
yang menerangkan amalan yang berbeza pula. Kami keliru, amalan apakah (ayat al-Qur'an dan zikir) yang sepatutnya kami lakukan bagi mendapatkan zuriat?
Jawapan:
Para ilmuan berbeza
pendapat tentang peranan al-Qur’an sebagai ubat atau penyembuh penyakit fizikal. Pendapat Pertama menyatakan al-Qur’an boleh dijadikan ubat bagi penyakit fizikal berdasarkan firman
Allah: “Dan Kami
turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penyembuh dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” [al-Isra’ 17:82]
Pendapat kedua menyatakan
al-Qur’an bukanlah ubat bagi penyakit fizikal tetapi penyakit hati seperti berharap kepada selain Allah, cinta dunia, ujub, lupa akhirat dan sebagainya. Ciri “penyembuh” yang
disebut oleh ayat 82 surah al-Isra’ di atas ditafsirkan oleh sebuah ayat yang lain sebagai penyembuh penyakit hati: “Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu
pelajaran dari Tuhanmu (al-Qur’an) dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
[Yunus 10:57]
Be first to comment this article | Add as favourites (29) | Quote this article on your site | Views: 858 |
|
Baca lagi...
|
|
Soal Jawab Agama Mei 2011 |
|
|
|
|
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
|
|
Wednesday, 01 June 2011 |
|
Soalan 1: Pindah Rumah Baru.
Kami sekeluarga akan berpindah ke rumah baru, namun
ramai kenalan yang mengatakan kawasan itu agak “keras” dan mereka menyarankan kami menghalau “penunggu” tersebut. Apakah ini dibenarkan dalam Islam dan apakah cara
terbaik yang sepatutnya kami lakukan?
Fida, Temerloh, Pahang.
Jawapan:
“Penunggu” atau apa jua yang mengganggu
rumah berasal daripada syaitan. Berkenaan syaitan, ia telah berjanji sejak awal untuk menyesatkan manusia: “(Iblis berkata): Jika Engkau (Allah) beri tempoh kepadaku hingga Hari
Kiamat, tentulah aku akan menyesatkan zuriat keturunannya (manusia), kecuali sedikit (di antaranya). [al-Isra’ 17:62] Bagi mencapai tujuan ini, syaitan sentiasa hadir dalam segala
perbuatan kita di semua lokasi sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah: “Sesungguhnya syaitan hadir di sisi seseorang kalian pada setiap sesuatu yang kalian lakukan.” [Shahih
Muslim, no: 3794]
Be first to comment this article | Add as favourites (42) | Quote this article on your site | Views: 600 |
|
Baca lagi...
|
|
Soal Jawab Agama April 2011 |
|
|
|
|
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
|
|
Saturday, 09 April 2011 |
|
Soalan 1: Menghentikan Kehamilan.
Saya seorang doktor pesakit wanita dan kaunselor perancangan
keluarga. Baru-baru ini saya terbaca bahawa hukum memandulkan seseorang adalah haram sementara hukum merancang keluarga (family planning) memiliki beberapa pertimbangan hukum di dalamnya.
Bagaimanakah keadaan saya yang sebelum ini pernah menasihati seseorang itu bahawa dia boleh menjalani prosedur memandulkan?
Nazrah.
Jawapan:
Terdapat beberapa persoalan hukum di sini. Pertama: Hukum
melaksanakan perancangan keluarga, maka ia dibolehkan dengan syarat-syaratnya sebagaimana yang telah saya jelaskan sebelum ini. Jemput merujuk ke www.hafizfirdaus.com, ruangan kolum bulanan Pa & Ma, Jan 2010.
Kedua: Hukum memandulkan seseorang. Jika perancangan
keluarga bererti menangguhkan zuriat untuk sementara waktu, memandulkan bererti menghentikan secara kekal kemampuan suami dan/atau isteri untuk menghasilkan zuriat. Hukum memandulkan seseorang
dengan apa jua cara disepakati haram hukumnya oleh para ahli fiqh dalam beberapa persidangan mereka pada peringkat dunia. Namun terdapat pengecualian, iaitu apabila prosedur memandulkan
terpaksa dilakukan bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih berat ke atas ibu dan/atau anak-anaknya.
Be first to comment this article | Add as favourites (60) | Quote this article on your site | Views: 709 |
|
Baca lagi...
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 Kemudian > Akhir >>
|
| Keputusan 9 - 16 terhadap 29 |