HafizFirdaus.com

  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
Utama arrow Kolum Bulanan arrow Dara.com arrow Mutiara Do'a
Mutiara Do'a
Sep 2011 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah   
Monday, 26 September 2011

Mutiara Doa: Doa Ketika Azan

 

Rasulullah bersabda: Apabila tukang azan melaungkan azan lalu ia disambut atau dijawab dengan sepenuh hati, nescaya dia masuk syurga. [Ringkasan hadis Shahih Muslim, no: 578]

 

 

Beberapa Pengajaran Doa:

  1. Apabila kita mendengar azan dilaungkan, sama ada secara langsung dari masjid atau melalui radio, TV dan lain-lain, kita dianjurkan menjawab azan tersebut.
  2. Cara menjawab ialah menyebut kembali setiap satu yang disebut oleh tukang azan. Contohnya apabila tukang azan menyebut: “Allahu Akbar! Allahu Akbar!”, kita menjawab: “Allahu Akbar! Allahu Akbar!”
  3. Pengecualian ialah apabila tukang azan menyebut: “Hayya ‘ala sholah” dan “Hayya ‘ala falah”, maka kita jawab: “La hawla wa la quwwata illabillah” yang bermaksud “Tiada ada daya dan kekuatan melainkan dengan (kehendak) Allah”.
  4. Apabila laungan azan ini dijawab dengan sepenuh hati, yakni dengan kekhusyukan, kefahaman dan pengamalan, maka ia menjadi salah satu sarana yang mendorong ke arah syurga Allah di Hari Akhirat kelak.

     

    Be first to comment this article | Add as favourites (17) | Quote this article on your site | Views: 212

     
    Ogos 2011 PDF Cetak E-mail
    Ditulis oleh Pengendali Laman   
    Thursday, 25 August 2011

    Mutiara Doa: Doa Berbuka Puasa.

     

    “Telah hilang rasa dahaga dan urat-urat telah basah serta pahala telah tetap, insya-Allah.”

    [Shahih Sunan Abu Daud, no: 2066]

    Beberapa pengajaran doa:

    1.     Apabila Rasulullah berbuka puasa, beliau membaca doa di atas. Maka ia merupakan sebaik-baik doa untuk kita amalkan ketika hendak berbuka.

    2.     Apabila sudah bersiap sedia di hadapan jamuan berbuka, Islam tidak mahu memberat-beratkan umatnya dengan doa yang panjang atau rumit. Maka memadai dengan doa yang ringkas di atas.

    3.     Doa ini dibaca secara berseorang, masing-masing membacanya sendirian. Ia tidak dibaca beramai-ramai di kalangan sahabat atau ahli keluarga yang hendak berbuka. Boleh membacanya dengan mengangkat tangan atau tanpa mengangkat tangan.

    Be first to comment this article | Add as favourites (22) | Quote this article on your site | Views: 230

     
    Julai 2011 PDF Cetak E-mail
    Ditulis oleh Pengendali Laman   
    Sunday, 31 July 2011

    Mutiara Doa: Istighfar.

    Wahai tuhanku! Ampunilah aku, terimalah taubat aku,
    sesungguhnya Engkau – Engkau maha menerima taubat lagi mengampuni.

     

    Beberapa Pengajaran Doa:

    1. Rasulullah apabila berada di dalam sesebuah majlis, melazimkan diri untuk beristighfar kepada Allah. Hadis di atas diriwayatkan oleh Abdullah ibn ‘Umar di mana beliau berkata: “Jika kami menghitung, Rasulullah dalam satu majlis mengucapkan istighfar sebanyak 100 kali dengan ucapan: Wahai tuhanku! Ampunilah aku, terimalah taubat aku, sesungguhnya Engkau – Engkau maha menerima taubat lagi mengampuni.” [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 3434]
    2. Kita tentu sahaja tidak menghadiri majlis-majlis yang mungkar di mana di dalamnya terdapat tarian dan arak. Namun sekalipun menghadiri majlis yang ma’aruf, kita tetap beristighfar kerana dalam majlis sedemikian manusia sering lupa kepada Allah, banyak gelak ketawa, memandang apa yang tidak patut dan menggossip apa yang tidak benar berkenaan orang lain.
    3. Sekalipun Rasulullah orang yang terpelihara daripada membuat dosa, baginda tetap beristighfar dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana Allah menyukai orang-orang yang bertaubat kepadanya. Firman Allah: “Sesungguh-Nya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat…” [al-Baqarah 2:222]

      Be first to comment this article | Add as favourites (19) | Quote this article on your site | Views: 198

       
      << Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Kemudian > Akhir >>

      Keputusan 4 - 6 terhadap 37
       
       

      Statistik

      822,438Visitors:
      633Visitors today:
      825Visitors yesterday:
      352.47Visitors per day: Ø
      3,810,390Page views:
      2,988Page views today:
      3,721Page views yesterday:
      1,632.99Page views per day: Ø
      4.63Page views per visitor: Ø
      539Page views this page:
      64Your own page views:
      max.
      64Max. online:
      2009-05-21, 14:45:31at (date):
      1,334Max. visitors per day:
      2010-08-11at (date):
      21,487Max. page views per day:
      2010-08-19at (date):
       
      2007-11-13Statistics started:
      Creative Commons License
      This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0 Unported License.