|
Ditulis oleh Pengendali Laman
|
|
Thursday, 10 March 2011 |
|
Mutiara Doa: Penghilang Marah.
“Ya Allah! Ampunilah bagiku dosaku, keluarkanlah kemarahan daripada hatiku
dan lindungilah aku daripada syaitan.”
Beberapa Pengajaran Doa.
1. Pada satu hari Rasulullah masuk ke rumah dan mendapati isterinya – A’isyah – dalam keadaan marah. Maka
baginda memegang rambut A’isyah dan mengajaknya membaca doa di atas. Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Sunni, no: 457 dengan sanad yang hasan.
2. Marah merupakan satu sifat kelemahan manusia. Selain itu syaitan suka menghasut manusia agar marah kerana dengan
kemarahan, banyak keburukan yang berlaku khasnya perlanggaran terhadap hukum dan etika yang digariskan oleh Islam.
3. Oleh itu jika kita marah, maka bacalah doa di atas agar Allah mengampunkan dosa kita, mengeluarkan atau menghalau
kemarahan daripada hati kita dan agar dipelihara daripada hasutan serta gangguan syaitan.
4. Demikian juga, apabila kita mendapati ahli keluarga atau rakan dalam keadaan marah, ajaklah dia untuk membaca doa di atas
sebagaimana Rasulullah mengajak isterinya.
Be first to comment this article | Add as favourites (58) | Quote this article on your site | Views: 464 |
|
Ditulis oleh Pengendali Laman
|
|
Friday, 11 February 2011 |
|
Mutiara Doa: Dipermudahkan Urusan.
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku tugasku, dan lepaskanlah
simpulan dari lidahku supaya mereka faham perkataanku.”
Beberapa pengajaran doa:
-
Doa ini dibacakan oleh Nabi Musa ketika beliau disuruh oleh Allah untuk pergi berdakwah kepada Firaun. Ia disebut dalam
al-Qur’an, surah Taha, ayat 25-28.
-
Doa ini kita amalkan apabila ingin melakukan sesuatu urusan, agar Allah lapangkan dada kita, iaitu memberi ketenangan dari
perasaan berdebar-debar, gusar dan takut. Juga agar Allah mempermudahkan urusan kita, supaya tercapai apa yang kita inginkan sebagaimana yang dirancangkan.
-
Dalam apa jua urusan, kita pasti berinteraksi dengan orang lain. Maka dengan doa ini kita mohon kepada Allah agar percakapan
kita lancar dan jelas agar semua pihak memahaminya dengan tepat. Tiada salah faham, tiada salah sangka.
Be first to comment this article | Add as favourites (50) | Quote this article on your site | Views: 508 |
|
Ditulis oleh Pengendali Laman
|
|
Wednesday, 19 January 2011 |
|
“Jika dikehendaki Allah
(insya-Allah).”
Beberapa Pengajaran Doa:
-
Doa ini berasal dari al-Qur’an, iaitu: Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan):
“Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu kemudian nanti”; melainkan (hendaklah disebut): “Insya Allah”. [al-Kahf 18:23-24]
-
Apabila kita sudah membuat pilihan untuk melakukan satu perkara, ucapkanlah insya-Allah. Dengan ucapan ini, bererti
kita menyerahkan pilihan kita kepada Allah. Jika ia baik dan sesuai dengan kehendak Allah, Allah akan mempermudah dan menjayakannya. Jika ia buruk dan tidak sesuai dengan kehendak Allah,
Allah akan menyukar dan menggagalkannya. Pengetahuan Allah akan apa yang kita pilih tiada bandingannya dengan pengetahuan kita.
-
Apabila apa yang kita pilih berjaya dicapai, ucapkanlah Alhamdulillah. Apa yang kita pilih gagal dicapai, ucapkanlah:
“Taqdir Allah dan apa yang Allah kehendaki pasti terjadi” [Shahih Muslim, no: 4816]. Jangan merungut kerana sejak awal kita telah
menyandarkannya kepada kehendak Allah.
-
Insya-Allah diucapkan setelah kita membuat pilihan. Maka jangan mengucapkan insya-Allah jika kita masih
ragu-ragu atau belum membuat sesuatu pilihan atau keputusan.
Be first to comment this article | Add as favourites (41) | Quote this article on your site | Views: 514 |
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Kemudian > Akhir >>
|
| Keputusan 10 - 12 terhadap 37 |