HafizFirdaus.com

  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
Utama
Dara.com
Adab Bersin. PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah   
Wednesday, 02 May 2012

Soalan:

Apakah bacaan yang patut dibaca apabila bersin dan apakah hikmatnya dalam Islam sehingga umat Islam disuruh mengucapkan sesuatu bacaan apabila bersin?

Erdina, Hulu Selangor.

 

 

Jawapan:

Disunnahkah mengucapkan “Alhamdulillah” apabila bersin. Dalam sebuah hadis lain, disunnahkan mengucap “Alhamdulillah ‘ala kulli hal” [Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 2738].  Lebih lanjut tentang soalan ini, sila rujuk ruangan Cahaya Rohani dalam Dara.com edisi November 2007 berjudul Adab Menguap Dan Bersin. Boleh juga didapati dalam laman web saya, www.hafizfirdaus.com

Be first to comment this article | Add as favourites (9) | Quote this article on your site | Views: 167

 
Tandas Menghadap Kiblat. PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah   
Wednesday, 02 May 2012

Soalan:

Sewaktu membeli rumah saya tidak perasan tandasnya menghadap kiblat. Ada yang kata, walaupun tandas menghadap kiblat, tetapi jika ia berdinding, maka tidak mengapa. Benarkah pendapat itu? Mohon penjelasan daripada ustaz.

Raziyah, Ipoh, Perak.

 

 

Jawapan:

Ya, benar. Rasulullah memang melarang membuang hajat dengan menghadap kiblat, tetapi larangan ini adalah untuk tempat yang terbuka. Jika terdapat halangan seperti dinding atau pintu, maka ia tidak dilarang. Dalilnya ialah hadis berikut: 

Marwan al-Ashfar berkata: Saya pernah melihat Ibn Umar (yakni seorang sahabat Nabi) menderumkan untanya menghadap kiblat, lalu dia duduk dan membuang air kecil dalam keadaan menghadapnya. Lalu saya bertanya: “Wahai Abu Abdurrahman (gelaran untuk Ibn Umar), bukankah hal ini telah dilarang?” Dia menjawab: “Benar, akan tetapi hal itu dilarang jika dilakukan di tempat terbuka. Apabila antara dirimu dan kiblat ada sesuatu yang menutupimu, maka itu tidaklah mengapa.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 11]

Be first to comment this article | Add as favourites (5) | Quote this article on your site | Views: 155

 
Terlangkah al-Qur’an PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah   
Wednesday, 02 May 2012

Soalan:

Saya pernah terlangkah ayat-ayat suci al-Quran (Yaasin) dengan tidak sengaja. Apakah hukumnya kerana saya amat takut akan menerima azab dari Allah?

Wanda, Bentong, Pahang.

 

 

Jawapan:

Allah bukanlah tuhan yang suka menghukum para hamba-Nya. Sebaliknya Allah sentiasa memberi ruang agar para hamba-Nya terlepas dari hukuman, antaranya dengan mengambil kira faktor kesengajaan atau tidak. Firman Allah: Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu untuk melakukannya dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [al-Ahzab 33:05]

Oleh itu tiada hukum atau dosa bagi anda yang secara tidak sengaja telah melangkah surah Yasin. Namun hendaklah berhati-hati supaya perkara ini berulang lagi. 

Be first to comment this article | Add as favourites (4) | Quote this article on your site | Views: 64

 
Taubat dan Seksa Kubur. PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah   
Wednesday, 02 May 2012

Soalan:

Saya ingin bertanya, sekiranya kita telah bertaubat, terlepaskah kita daripada menerima seksa atau azab kubur?

Siti Saleha Kadir, Senawang, Negeri Sembilan.

 

 

Jawapan:

Seksa kubur atau tidak, balasan syurga atau neraka, bukanlah ditentukan oleh saya atau sesiapa lain. Ia adalah hak mutlak Allah, sesuai dengan ilmu, keadilan dan rahmat-Nya. Namun apa yang penting bagi kita ialah terus bertaubat dan tidak putus asa terhadap rahmat dan keampunan Allah. Allah menyatakan:

Katakanlah: “Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan dosa besar), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [al-Zumar 39:53-54]

Be first to comment this article | Add as favourites (3) | Quote this article on your site | Views: 62

 
Ingat Allah Ketika Bekerja PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah   
Wednesday, 02 May 2012

Soalan

Bagaimana cara sebaik-baiknya untuk kita mengingati Allah ketika sedang bekerja?

Amna Aulia, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

 

Jawapan:

Perkara ini ada disentuh dalam firman Allah berikut ini: Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang, lelaki-lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual-beli dari mengingat Allah, mendirikan sembahyang dan membayarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (pada hari itu) hati dan pengelihatan menjadi goncang. (Mereka mengerjakan yang demikian itu) supaya Allah memberi balasan kepada mereka (dengan balasan) yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan dan supaya Allah menambah kurniaan-Nya kepada mereka. Dan Allah memberi rezki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa batas. [al-Nur 24:36-38]

Meskipun ayat ini menyebut kaum lelaki, tetapi ia juga merangkumi kaum wanita. Ciri-ciri terpuji bagi lelaki dan wanita yang bekerja ialah mereka [1] bertasbih kepada Allah di dalam masjid-masjid pada waktu pagi (selepas Subuh) dan petang (selepas Asar), [2] perniagaan dan kerjaya mereka tidak melalaikan mereka daripada berzikir, mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat.

Mereka juga [3] takut kepada Hari Akhirat di mana hati dan pengelihatan menjadi goncang kerana kedahsyatan hari tersebut. Perasaan takut ini mereka terjemahkan dengan bekerja secara amanah, jujur dan penuh tanggungjawab kerana sedar apa yang mereka lakukan diperhatikan oleh Allah dan akan dihitung pada Hari Akhirat kelak. Di sini penting untuk disedari bahawa termasuk dalam erti zikir ialah kesedaran dan ingatan yang berterusan di dalam hati bahawa Allah melihat kerja yang mereka lakukan. Atas zikir ini, mereka akan bekerja sebaik mungkin. 

Hakikat ini dijelaskan oleh Allah dalam sebuah ayat yang lain: Dan katakanlah: Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan. [al-Taubah 9:105]

Demikianlah petunjuk al-Qur’an tentang berzikir di tempat kerja.

Be first to comment this article | Add as favourites (4) | Quote this article on your site | Views: 67

 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Kemudian > Akhir >>

Keputusan 1 - 9 terhadap 310
 
 

Statistik

822,447Visitors:
642Visitors today:
825Visitors yesterday:
352.47Visitors per day: Ø
3,810,441Page views:
3,039Page views today:
3,721Page views yesterday:
1,633.01Page views per day: Ø
4.63Page views per visitor: Ø
2,440Page views this page:
79Your own page views:
max.
64Max. online:
2009-05-21, 14:45:31at (date):
1,334Max. visitors per day:
2010-08-11at (date):
21,487Max. page views per day:
2010-08-19at (date):
 
2007-11-13Statistics started:
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0 Unported License.