HafizFirdaus.com

  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
Utama
Dara.com
Dis 2011 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah   
Wednesday, 04 January 2012

Mutiara Doa

 

Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat 
dan peliharalah kami dari azab Neraka.

 

 

Beberapa pengajaran doa:

  • Ketika melaksanakan ibadah Haji, ada di antara umat Islam yang hanya mendoakan kebaikan urusan dunia mereka sahaja. Selain itu ada yang berdoa dengan doa di atas, lalu doa inilah yang dinyatakan betul lagi baik oleh Allah. Allah berfirman kepada mereka yang berdoa dengan doa di atas: Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan dan Allah amat cepat hitungan-Nya. [al-Baqarah 2:202]
  • Kerap kali apabila berdoa, kita hanya meminta apa yang berkaitan dengan dunia seperti lulus peperiksaan, mendapat kerja yang baik, mendapat pasangan hidup (suami) yang shalih dan cepat kaya. Amat sedikit yang berdoa tentang kebaikan di Hari Akhirat.
  • Pada waktu yang sama, ada juga yang hanya meminta apa yang berkaitan dengan Akhirat seperti pahala dan syurga sambil mengabai atau memandang remeh kehidupan di dunia.
  • Doa ini mengajar kita bahawa sikap yang benar ialah mendoakan kebaikan kedua-dua dunia dan akhirat.
  • Doa yang umum tetapi ringkas ini sesuai dibaca pada bila-bila masa dan ia merupakan sebaik-baik doa apabila kita sendiri kadang-kala tidak tahu apa hendak berdoa kepada Allah.

Be first to comment this article | Add as favourites (26) | Quote this article on your site | Views: 163

 
Dis 2011:Kebersihan Wanita PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah   
Wednesday, 04 January 2012

Ruangan Cahaya Rohani bulan ini akan meneruskan ulangkaji berkenaan kebersihan wanita, khusus merujuk kepada cairan-cairan yang keluar dari vagina. Jika sebelum ini kita telah berbincang berkenaan Darah Haid (Jun 2011) dan Darah Istihadhah (Oktober 2011), kini akan berbincang berkenaan beberapa cairan lain yang bukan merupakan darah. Semua ini selari dengan prinsip Islam yang amat mementingkan kebersihan.

 

Air Wadi

Ia adalah sejenis cecair putih kental yang keluar selepas membuang air kecil (kencing). Memandangkan ia keluar selepas kencing, maka hukumnya seperti air kencing, yakni ia membatalkan wudhu dan dibersihkan dengan air.

 

Air Mazi

Ia adalah sejenis cecair yang nipis, jernih (clear) dan licin seperti pelincir. Ia keluar apabila timbulnya syahwat, seperti apabila suami-isteri memulakan hubungan seks, apabila seseorang itu melakukan onani atau berangan-angan sesuatu yang memberahikan.

Be first to comment this article | Add as favourites (45) | Quote this article on your site | Views: 1518

Baca lagi...
 
Laknat Allah. PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah   
Thursday, 01 December 2011

Soalan:

Saya ingin mengetahui apakah tujuan sebenar laknat Allah diberikan kepada hamba-Nya? Harap ustaz dapat membantu.

Suhaili, Seremban, Negeri Sembilan.

 

 Jawapan:

Laknat ertinya memberikan kebinasaan dan menjauhkan rahmat. Allah, sesuai dengan kedudukan-Nya yang Maha Agung, melaknat orang-orang yang melakukan kesalahan tertentu yang amat berat. Sebagai contoh, Allah menerangkan dalam ayat berikut: 

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.” [al-Baqarah 2: 159] 

Adapun tujuan Allah menerangkan bahawa Dia melaknat seseorang atau sesuatu kaum adalah untuk memberi peringatan kepada orang-orang lain agar tidak turut melakukan kesalahan yang sama. Merujuk kepada ayat di atas umpamanya, tujuan Allah menerangkan laknat tersebut ialah supaya kita tidak menyembunyikan ayat-ayat al-Qur’an ketika berhujah dengannya, semata-mata untuk memenangkan pendapat yang kita sukai.

Be first to comment this article | Add as favourites (11) | Quote this article on your site | Views: 444

 
Melawat Kubur. PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah   
Thursday, 01 December 2011

Soalan:

Bolehkah orang bukan Islam melawat kubur orang Islam atas niat menziarahi kubur kawannya?

Atiqah, Cheras, Kuala Lumpur.

 

Jawapan:

Boleh. Tiada larangan untuk orang bukan Islam menziarahi kubur orang Islam. Demikian juga sebaliknya, boleh bagi orang Islam menziarahi kubur orang bukan Islam. Ini kerana Islam menganjurkan ziarah kubur kerana ia dapat mengingatkan penziarah kepada kematian dan alam akhirat. Hanya, tidak boleh mendoakan keampunan atau rahmat kepada ahli kubur bukan Islam ketika menziarahinya.

Be first to comment this article | Add as favourites (14) | Quote this article on your site | Views: 491

 
Membantah Ibubapa. PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah   
Thursday, 01 December 2011

Soalan:

Saya telah melahirkan anak luar nikah. Walau bagaimanapun saya ingin menjaganya, tetapi ibu bapa berkeras mahu menyerahkan anak saya kepada keluarga angkat. Jika saya membantah, adakah saya dianggap berdosa?

Fathi, Pahang.

 

Jawapan:

Ketaatan dan berbuat baik kepada ibubapa hanyalah dalam perkara-perkara yang selari dengan syari’at Islam. Jika ibubapa menyuruh anak-anak membuat maksiat – umpama jangan menutup aurat – maka tiada ketaatan kepada suruhan tersebut dan anak tidak dianggap menderhaka.

Merujuk kepada anak luar nikah, sebahagian masyarakat kita mempercayai anak itu membawa ‘sial’ atau nasib tidak baik kepada keluarga. Atas sebab itulah mereka mahukan bayi itu diserahkan kepada keluarga lain sebagai anak angkat. Namun ini adalah kepercayaan yang syirik kerana nasib baik atau buruk tidak ditentukan oleh bayi atau sesuatu yang lain. Lebih dari itu, setiap bayi dilahirkan dalam keadaan bersih, suci daripada apa-apa dosa ibubapanya. Bayi tidak mewarisi dosa ibubapa. 

Ada juga ibubapa yang tidak mahukan bayi tersebut kerana malu kepada jiran-jiran dan saudara-mara bahawa mereka memiliki cucu tanpa anak mereka berkahwin terlebih dahulu. Sekali lagi, ini bukanlah alasan yang boleh diterima untuk menyerahkan bayi tersebut kepada keluarga angkat.

Dalam kes ini, apa yang perlu anda lakukan ialah pertama sekali bertaubat kepada Allah atas kesalahan zina yang telah anda lakukan. Kedua, Allah memberi anda peluang untuk menggantikan dosa zina dengan amal shalih membesarkan seorang bayi. Ambillah peluang ini dan manfaatkanlah ia sebaik-baiknya. Ketiga, berbincanglah dengan ibubapa anda dengan penuh rendah diri. Akui kesalahan anda dan nyatakan azam anda ingin berubah menjadi ibu yang terbaik kepada bayi tersebut dengan bantuan mereka. Jika mereka tetap melarang, maka tiada ketaatan ke atas larangan itu dan anda tidak dianggap membantah atau menderhaka.

Be first to comment this article | Add as favourites (14) | Quote this article on your site | Views: 367

 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Kemudian > Akhir >>

Keputusan 28 - 36 terhadap 310
 
 

Statistik

822,447Visitors:
642Visitors today:
825Visitors yesterday:
352.47Visitors per day: Ø
3,810,442Page views:
3,040Page views today:
3,721Page views yesterday:
1,633.01Page views per day: Ø
4.63Page views per visitor: Ø
46Page views this page:
80Your own page views:
max.
64Max. online:
2009-05-21, 14:45:31at (date):
1,334Max. visitors per day:
2010-08-11at (date):
21,487Max. page views per day:
2010-08-19at (date):
 
2007-11-13Statistics started:
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0 Unported License.