HafizFirdaus.com

  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
Utama
Dara.com
Tangkal Pada Bayi. PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Pengendali Laman   
Saturday, 09 April 2011

Soalan:

Ibu saya memakaikan tangkal kepada adik saya yang masih bayi. Tangkal itu diperolehi daripada seorang ustaz, bertujuan mengelakkan sesuatu yang buruk. Adakah boleh dipercayai amalan seperti ini?

Azira, Kamunting, Perak.

 

Jawapan:

Amalan ini tidak akan mengelakkan pemakainya dari sebarang keburukan, bahkan akan menambah keburukan kepadanya. Pada zaman Rasulullah, ada seorang lelaki yang memakai ikatan di tangannya umpama tangkal. Apabila ditanya oleh Rasulullah apakah itu, dia menjawab: “Aku menjadikannya sebagai pelindung dari penyakit al-Wahinah.” Lalu Rasulullah bersabda: “Tiadalah ia menambah bagi kamu kecuali kelemahan (yakni bertambah-tambah sakit). Lemparkan ia daripadamu, kerana sesungguhnya jika kamu mati dan ia berada di atasmu, tidaklah ia akan membantu kamu selama-lamanya (yakni di Hari Akhirat).” [Riwayat Ahmad, al-Targhib wa al-Tarhib, no: 5067 dengan sanad hasan]

Lebih dahsyat, tangkal merupakan satu amalan syirik kerana orang yang memakainya atau memakaikannya kepada orang lain sedikit atau banyak akan mengharapkan kekuasaan dari tangkal tersebut. Padahal harapan tersebut hendaklah difokuskan kepada Allah sahaja. Oleh kerana itulah dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah menegaskan: “Sesiapa yang menggantung tangkal maka sungguh dia telah berbuat syirik.” [Riwayat Ahmad, al-Targhib wa al-Tarhib, no: 5065 dengan sanad hasan]

Mungkin ada yang berhujah, tangkal hanyalah jalan tengah antara pemakai dan Allah. Allah jua yang akan membantu dan melindungi. Hujah ini dipatahkan oleh hadis berikut: “Sesiapa menggantung tangkal maka Allah tidak akan menyempurnakan baginya (hajatnya).” [Riwayat Ahmad, al-Targhib wa al-Tarhib, no: 5064 dengan sanad hasan]

Perhatikan dalam hadis-hadis di atas, Rasulullah menyebut tangkal secara umum tanpa membezakan sama ada ia dijampi dengan ayat al-Qur’an atau selainnya, sama ada ia dijampi oleh seorang ustaz, imam atau sesiapa jua. Asalkan ia adalah tangkal dalam apa jua bentuk, maka ia adalah syirik, diabaikan oleh Allah dan menambah keburukan di sebalik apa yang diharapkan. Justeru hendaklah anda segera membuang tangkal pada adik anda tersebut kemudian menjelaskan kepada ibu hukum tangkal di dalam Islam.

Be first to comment this article | Add as favourites (34) | Quote this article on your site | Views: 580

 
April 2011 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Pengendali Laman   
Saturday, 09 April 2011

Mutiara Doa: Ketika Ditimpa Kesulitan.

“Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”

Beberapa pengajaran doa:

  1. Ini merupakan doa Nabi Yunus yang beliau baca ketika ditelan oleh seekor ikan paus. Beliau masih hidup dalam perut ikan yang besar itu, lalu membaca doa di atas sehingga Allah menyelamatkannya dengan ikan tersebut memuntahkan beliau keluar. Doa ini disebut dalam al-Qur’an, surah al-Anbiya’ 21:87.
  2. Doa ini dimulai dengan kalimah tauhid (Tiada Tuhan melainkan Engkau) yang bererti tiada tuhan atau sesiapa jua untuk aku merungut, mengadu dan mengharapkan keselamatan dari kesulitan ini melainkan kepada Allah.
  3. Ia diikuti dengan penyucian (Maha Suci Engkau) di mana kesulitan yang menimpanya itu bukanlah satu penganiayaan Allah ke atasnya. Maha Suci Allah dari berlaku aniaya atau zalim ke atas manusia.
  4. Ia diakhiri dengan pengakuan (Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri) bahawa dirinyalah yang sebenar telah berbuat aniaya, maka atas sebab kesalahan inilah Allah menghukumnya dengan kesulitan. Pengakuan ini sekali gus mengisyaratkan pemohonan ampun dari Allah akan kesalahan tersebut.
  5. Sesiapa yang mengalami kesulitan, dianjurkan membaca doa ini sambil memerhatikan maksud dan mengambil iktibar darinya.

Be first to comment this article | Add as favourites (52) | Quote this article on your site | Views: 365

 
April 2011: Islam dan Rambut PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah   
Friday, 08 April 2011

          Kemungkinan besar sebahagian kita berpendapat Islam bukanlah agama perhiasan dan keindahan. Tidakrambut.jpg boleh dandan rambut, tidak boleh pakai barang kemas, tetapi boleh bersolek, tidak boleh warnakan kuku, tidak boleh cukur bulu kaki, tidak boleh berfesyen, bahkan bersanggul sekali pun tidak boleh. Serba serbi tidak boleh, Islam dianggap agama comot, kusut lagi tanpa perhiasan.

          Apa yang benar ialah sebaliknya, Islam amat menekankan perhiasan dan keindahan. Bahkan keindahan itu adalah sesuatu yang disukai oleh Allah. Buktinya, pada satu ketika Rasulullah pernah bersabda: “Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi kesombongan.” Lalu ada yang bertanya: “Sesungguhnya seseorang yang menyukai agar bajunya elok dan kasutnya elok (apakah ini termasuk kesombongan)?” Rasulullah menjawab: “Sesungguhnya Allah itu indah (dan) menyukai yang indah. Kesombongan itu ialah menolak kebenaran dan meremehkan manusia.” [Shahih Muslim, no: 131]

Be first to comment this article | Add as favourites (80) | Quote this article on your site | Views: 2532

Baca lagi...
 
Pejam Mata Ketika Solat. PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Pengendali Laman   
Thursday, 10 March 2011

Soalan:

Apakah hukum pejam mata ketika solat? Bolehkah saya memejam mata jika ia dapat menambah kekhusyukan solat?

Marissa, Kangar, Perlis.

Jawapan:

Dalam hadis-hadis diterang bahawa apabila Rasulullah solat, baginda membuka matanya dengan memandang ke tempat sujud. Ketika duduk membaca tasyahud, baginda memandang ke jari telunjuk tangan kanannya. Baginda juga membuka mata sehingga dapat mengetahui apa yang berlaku di hadapannya. Oleh itu solat dengan membuka mata dan memandang tempat sujud serta jari telunjuk kanan ketika duduk membaca tasyahud merupakan sunnah yang utama untuk diikuti.

Apa yang dilarang ialah membuka mata untuk melihat-lihat ke atas dan sekeliling. Terhadap pandangan seperti ini Rasulullah memberi amaran: “Hendaklah suatu kaum berhenti mengangkat pandangan mereka ke langit dalam shalat atau (kalau tidak), nescaya pandangan tersebut tidak kembali kepada mereka (buta).” [Shahih Muslim, no: 649]

Adapun menutup mata, maka ia dianjurkan jika di arah tempat sujud penyolat terhadap benda-benda yang dapat mengganggu kekhusyukannya. Adapun selain itu, maka yang sunnah ialah solat dengan membuka mata dan mengarahkan pandangan ke tempat sujud. [Syaikh Masyurah bin Hasan – al-Qaul al-Mubin fi Akhta’ al-Mushollin, ms. 119]

 

Be first to comment this article | Add as favourites (33) | Quote this article on your site | Views: 1085

 
Alam Barzakh PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Pengendali Laman   
Thursday, 10 March 2011

Soalan:

Bolehkah diterangkan mengenai alam barzakh berdasarkan nas-nas?

Ain Aishah, Banting Selangor.

Jawapan:
Ini adalah soalan yang baik tetapi ditanya pada tempat yang tidak tepat. Ini kerana nas-nas yang menerangkan kewujudan dan ciri-ciri alam barzakh berjumlah agak banyak sehingga tidak dapat saya turunkan dalam ruangan yang kecil ini. Oleh itu saya anjurkan saudari dan semua pembaca yang lain agar mencari sumber rujukan berkenaan alam barzakh untuk mendapatkan ilmu yang lebih mendalam tentangnya.

Penting untuk ditekankan bahawa pastikan rujukan tersebut menyatakan sumber hadis dan darjatnya. Ini kerana ilmu agama – sama ada dalam subjek alam barzakh atau selainnya – merupakan penjamin keselamatan dan kejayaan kita di dunia dan akhirat. Justeru hendaklah rujukan kita merupakan sesuatu yang bersifat ilmiah dan meyakinkan, bukan sekadar cerita-cerita dan pendapat orang.

Be first to comment this article | Add as favourites (33) | Quote this article on your site | Views: 748

 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Kemudian > Akhir >>

Keputusan 82 - 90 terhadap 310
 
 

Statistik

822,448Visitors:
643Visitors today:
825Visitors yesterday:
352.47Visitors per day: Ø
3,810,445Page views:
3,043Page views today:
3,721Page views yesterday:
1,633.01Page views per day: Ø
4.63Page views per visitor: Ø
35Page views this page:
82Your own page views:
max.
64Max. online:
2009-05-21, 14:45:31at (date):
1,334Max. visitors per day:
2010-08-11at (date):
21,487Max. page views per day:
2010-08-19at (date):
 
2007-11-13Statistics started:
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0 Unported License.