|
Menyakini Allah Berdasarkan Logik. |
|
|
|
|
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
|
|
Friday, 30 March 2012 |
|
Soalan:
Sebenarnya saya masih lagi jahil tentang agama. Harap ustaz dapat membantu. Kemusykilan saya ialah bagaimana untuk saya dapatkan keyakinan dalam diri tentang
adanya Allah? Harap berikan ulasan mengikut logik akal.
Sherleyna, Tawau, Sabah.
Jawapan:
Cuba anda perhatikan alam ini, banyak tanda-tanda tentang adanya Allah. Mustahil alam ini wujud dan berada dalam tertib peraturannya yang tersendiri. Perhatikan
sikap Nabi Ibrahim, beliau juga mengenal dan yakin adanya Allah melalui alam dan logik akal:
Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi dan supaya menjadilah dia dari orang-orang yang
percaya dengan sepenuh-penuh yakin. Maka ketika dia berada pada waktu malam yang gelap, dia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu dia berkata: “Inikah Tuhanku?” Kemudian
apabila bintang itu terbenam, dia berkata pula: “Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang.”
Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: “Inikah Tuhanku?” Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia:
“Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat.” Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan
cahayanya), berkatalah dia: “Inikah Tuhanku? Ini lebih besar.”
Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: “Wahai kaumku! Sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).
Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan
sesuatu yang lain).” [al-An’aam 6:75-79]
Demikian juga apabila diperhatikan tanaman-tanaman yang hidup di tanah yang sebelumnya kontang dan dari tanah yang sama itu muncul pula pelbagai jenis tanaman
dengan pelbagai warna dan buah. Renungkanlah juga haiwan-haiwan, udara, lautan, bukit bukau dan angkasa, Renunglah juga diri sendiri, bagaimana adanya sel-sel, organ-organ, saraf-saraf dan
saluran darah, semua bekerja secara harmonis. Nescaya akan diperolehi keyakinan bahawa Allah ada. Tidak logik semua ini wujud dalam secara tersendiri.
Jangan lupa juga untuk berdoa kepada Allah agar diberi petunjuk agar dapat lebih menyakini tentang diri-Nya dan lebih mengetahui tentang agama-Nya.
Be first to comment this article | Add as favourites (7) | Quote this article on your site | Views: 288 |
|
|
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
|
|
Friday, 30 March 2012 |
|
Seorang muallaf yang baru beberapa bulan memeluk Islam pernah bertanya kepada saya: “Apakah maksud solehah? Saya ingin menjadi wanita solehah tetapi belum
menemui maksud solehah menurut al-Qur’an dan al-Sunnah.”
Maksud solehah? Tentu mudah sebab kita biasa mendengar sebutan “lelaki soleh” dan “wanita solehah”. Akan tetapi maksud solehah menurut
al-Qur’an dan al-Sunnah? Saya sendiri terdiam sebentar. 40 tahun saya sebagai seorang muslim, tidak pernah tertanya soalan ini. Beberapa bulan sebagai seorang muslimat, sudah bertanya
soalan yang penting ini.
Tersipu-sipu kerana tidak tahu jawapan yang tepat, saya menjawab mudah: “Wanita solehah ialah wanita yang selalu berbuat baik, iaitu kebaikan-kebaikan yang
dianjurkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah.”
Surah Ali Imran, Ayat 114
Baru-baru ini ketika sedang menelaah al-Qur’an, saya membaca ayat 114 surah Ali Imran yang
bermaksud: Mereka beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, menyuruh kepada segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah
(mungkar), dan mereka pula segera mengerjakan pelbagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh.
Be first to comment this article | Add as favourites (82) | Quote this article on your site | Views: 1416 |
|
Baca lagi...
|
|
|
Minta Sedekah Membaca al-Qur’an. |
|
|
|
|
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
|
|
Saturday, 03 March 2012 |
|
Soalan:
Apakah hukumnya jika seseorang itu membaca al-Quran di tepi-tepi jalan untuk dapatkan simpati supaya orang bersedekah
kepadanya?
Ainur, Kapar, Klang.
Jawapan:
Membaca al-Qur’an ialah satu ibadah kita kepada Allah. Apa jua ibadah, yang penting ialah niat yang ikhlas. Maksud
niat yang ikhlas ialah seseorang itu beribadah kepada Allah tanpa mempedulikan pengaruh daripada sesama makhluk, baik yang baik atau yang buruk.
Apabila seseorang itu membaca al-Qur’an di tepi-tepi jalan dengan harapan orang bersedekah kepadanya, bererti dia
mengharapkan pengaruh daripada sesama makhluk dalam beribadah, yakni pengaruh memperolehi sedekah. Ini tentu saja satu kesalahan.
Di sini anda memiliki peluang untuk memberikan sedekah yang terbaik baginya, iaitu sebuah nasihat agar beliau tidak lagi
membaca al-Qur’an di tepi-tepi jalan. Sebaliknya hendaklah dia berusaha untuk mencari rezeki Allah sebagaimana sabda Rasulullah:
Sungguh seseorang di antara kalian mengambil tali, lalu dia pergi dengan mengikat (dan memikul) kayu bakar di
belakangnya lalu dijual, maka dengan itu Allah menyelamatkan air mukanya, adalah lebih baik bagi dia daripada meminta-minta kepada manusia, sama ada dia diberi atau tidak diberi
(sedekah). [Shahih al-Bukhari, no: 1378]
Be first to comment this article | Add as favourites (9) | Quote this article on your site | Views: 265 |
|
|
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
|
|
Saturday, 03 March 2012 |
|
Soalan:
Benarkah guruh yang kita dengar merupakan batu-batu yang dilemparkan oleh malaikat ke dalam neraka?
Siti Asmida, Kuala Krai, Kelantan.
Jawapan:
Tidak benar. Allah menjadikan kilat melalui cas-cas di antara awan dan panahan kilat tersebut apabila melintasi ruang udara
akan melahirkan bunyi guruh. Kilat dan guruh adalah dua dari sekian banyak tanda-tanda daripada Allah agar dengan itu manusia sedar akan kebesaran dan kekuasaan Allah sehingga tunduk
beriman kepada-Nya.
Allah berfirman: Dia-lah Tuhan yang memperlihatkan kilat kepadamu untuk menimbulkan ketakutan dan harapan, dan Dia
mengadakan awan mendung. Dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, (demikian pula) para malaikat karena takut kepada-Nya, dan Allah melepaskan kilat lalu menimpakannya kepada siapa yang Dia
kehendaki. [al-Rad 13:12-13]
Penting untuk diperingatkan bahawa kerap kali kedengaran kisah-kisah yang tidak benar disampaikan atas nama Islam. Selain
kes guruh di atas, ada juga yang berkata kilat ialah panahan Allah kepada syaitan, syaitan duduk di atas pelangi dan pelbagai lain. Semua ini adalah dusta di atas nama Islam dan kita
berkewajipan untuk membetulkan orang yang menyampaikannya.
Be first to comment this article | Add as favourites (6) | Quote this article on your site | Views: 301 |
|
|
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
|
|
Saturday, 03 March 2012 |
|
Soalan:
Bolehkah kita meminjamkan pakaiannya kepada orang bukan Islam untuk dipakai?
Kartina, Jengka, Pahang.
Jawapan:
Boleh. Bahkan ia adalah tindakan yang dipuji oleh agama jika orang bukan Islam tersebut dalam keadaan kesukaran dan kita
membantunya dengan meminjamkan pakaian. Ada yang berkata, tidak boleh meminjamkan pakaian kerana kononnya orang bukan Islam adalah najis berdasarkan ayat al-Qur’an: Wahai
orang-orang yang beriman! Sesungguhnya orang-orang kafir musyrik itu najis. [al-Taubah 9:28]
Sebenarnya “najis” dalam ayat di atas merujuk kepada agama orang-orang bukan Islam dan bukannya fizikal tubuh
badan mereka. Ini sebagai perbandingan kepada agama Islam yang “suci”. Oleh itu boleh bersalaman, berurusan dan meminjamkan pakaian kepada orang bukan Islam kerana secara fizikal
mereka bersih sepertimana kita umat Islam. Hanya dari sudut agama, kepercayaan mereka itulah yang dimaksudkan sebagai najis sehinggalah mereka memeluk agama Islam yang suci ini.
Be first to comment this article | Add as favourites (7) | Quote this article on your site | Views: 219 |
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Kemudian > Akhir >>
|
| Keputusan 10 - 18 terhadap 310 |