|
Mac 2012: Jangan Anggap Diri Suci |
|
|
|
|
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
|
|
Friday, 30 March 2012 |
Beberapa bulan yang lepas, tersebar khabar di alam maya berkenaan seorang pelajar lelaki melayu yang dikatakan berkahwin dengan seorang lelaki. Berita pernikahan
lelaki sesama lelaki ini bagaikan meletup dalam laman-laman web rangkaian sosial dan forum. Benar atau tidak, sahih atau tidak, tiada siapa yang menyiasat. Namun memanjangkannya,
menyebarkannya dan memberi ulasan serta komentar menjadi “amal soleh” orang ramai.
Selang beberapa minggu selepas itu, tersebar pula khabar di alam maya berkenaan seorang pelajar perempuan melayu yang dikatakan memiliki kehidupan sosial yang
tidak Islamik. Dikatakan laman Facebook pelajar cemerlang ini telah digodam dan gambar-gambar peribadinya disebarkan. Sekali lagi, ramai di kalangan umat Islam yang “beramal
soleh” untuk memanjangkannya, menyebarkannya dan memberi ulasan.
Termasuk Ajaran Islam?
Demikian dua di antara beberapa fenomena mutakhir di mana ada di kalangan umat Islam yang berpandangan bahawa di antara ajaran Islam, di antara amal soleh yang
besar ganjarannya, ialah mencari aib orang lain lalu menyebarkannya dan memberi ulasan ke atasnya. Apatah lagi dalam suasana kecanggihan teknologi komunikasi sekarang ini, amal soleh tersebut
amat mudah dilaksanakan, semudah “klik” dengan menggunakan tetikus komputer atau menyentuh di atas talifon pintar masing-masing.
Be first to comment this article | Add as favourites (40) | Quote this article on your site | Views: 862 |
|
Baca lagi...
|
|
Feb 2012: Hadis Fathimah binti Qays |
|
|
|
|
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
|
|
Saturday, 03 March 2012 |
|
Bulan ini saya ingin mengajak para pembaca sekalian untuk mengkaji semula sebuah hadis yang masyhur, dikenali sebagai Hadis Fathimah
binti Qays. Hadis ini masyhur bukan kerana masyhurnya Fathimah binti Qays, tetapi kerana ia dijadikan dalil dan hujah untuk “boleh mengata dan mengaibkan orang lain”.
Bagi para pembaca yang belum mengenali hadis ini, ia merujuk kepada kes seorang shahabiyah (sahabat wanita pada zaman Rasulullah) yang bernama Fathimah
binti Qays, semoga Allah meredhainya. Setelah diceraikan oleh suaminya, Fathimah dilamar oleh dua orang lelaki, iaitu Mu’awiyah bin Abu Sufyan dan Abu Jahm. Dalam menilai di antara dua
lamaran ini, Fathimah telah pergi berjumpa Rasulullah meminta pandangan baginda. Setelah ditanya, Rasulullah menjawab:
“Abu Jahm adalah orang yang tidak meninggalkan tongkatnya dari lehernya sedangkan Mu’awiyah adalah orang yang miskin, tidak memiliki
harta.” [Shahih Muslim, no: 2709]
Be first to comment this article | Add as favourites (40) | Quote this article on your site | Views: 709 |
|
Baca lagi...
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 Kemudian > Akhir >>
|
| Keputusan 1 - 15 terhadap 43 |