|
Soal Jawab Agama Okt 2010 |
|
|
|
|
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
|
|
Saturday, 16 October 2010 |
|
Pa & Ma (Oktober
2010)
Soalan 1: Tanggungjawab menyusukan
bayi.
Apakah tanggungjawab ibu selepas melahirkan bayinya? Bagaimana pula dengan
ibu yang tidak dapat menyusukan bayinya sendiri, adakah dia perlu menyediakan ibu susuan bagi membolehkan anaknya mendapat khasiat ibut? Apa pula tanggungjawab ayah dalam menyokong penyusuan
ibu?
Jawapan:
Dalam soalan di atas terhimpun beberapa soalan yang dapat dipecahkan
sebagai berikut:
Pertama: Apakah tanggungjawab ibu selepas melahirkan
bayinya?
Tanggungjawab utama ialah menyusukan bayi tersebut dengan susu badan. ini
berdasarkan firman Allah SWT: "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka..." [Sebahagian dari ayat 233 surah al-Baqarah]. Ayat ini berbentuk perintah atau suruhan, bererti
menjadi perintah agama untuk para ibu menyusukan bayi mereka.
Be first to comment this article | Add as favourites (43) | Quote this article on your site | Views: 1774 |
|
Baca lagi...
|
|
|
Soal Jawab Agama Sept 2010 |
|
|
|
|
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
|
|
Friday, 17 September 2010 |
|
Pa & Ma (September 2010).
Soalan 1: Suami Panas Baran.
Saya sudah berumahtangga hampir 7 tahun dan telah
dikurniakan 3 orang anak. Masalah saya, suami seorang yang panas baran dan cepat naik tangan. Saya sudah semakin hilang sabar dengan kelakuannya. Apakah nasihat tuan supaya suami akan berubah
lebih baik dengan anak-anak dan saya?
Isteri malang, Selayang.
M
Jawapan:
Suami panas baran boleh disebab oleh dua faktor, luaran (external) dan dalaman (internal). Faktor
luaran melibatkan tempat kerjanya seperti tekanan dari pihak atasan, kegagalan suami menyiapkan kerja seperti diharapkan majikan, persaingan tidak sihat daripada rakan sekerja dan
seterusnya. Boleh juga melibatkan sesuatu yang berkaitan dengan kerjanya, umpama kesesakan lalulintas pergi dan balik kerja, juga kos minyak dan tol. Semua ini menyebabkan suami rasa tertekan
hingga akhirnya "melepaskan" tekanan itu kepada isterinya.
Be first to comment this article | Add as favourites (37) | Quote this article on your site | Views: 1468 |
|
Baca lagi...
|
|
|
Soal Jawab Agama Ogos 2010 |
|
|
|
|
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
|
|
Friday, 13 August 2010 |
|
Soalan 1: Meninggal Dunia Ketika Hamil.
Sahabatsaya meninggal dunia ketika hamil tiga bulan. Saya pernah mendengar pendapatyang menyatakan apabila wanita yang hamil meninggal dunia, dia tergolongsebagai mati syahid. Benarkah?
Shazreen, Shah Alam.
Jawapan:
Matasyahid terbahagi kepada dua jenis, syahid besar dan syahid kecil. Syahid besarmerujuk kepada seorang muslim yang meninggal dunia di medan perang ketikaberjuang membela Islam. Orang
yang gugur syahid seperti ini jenazahnya tidakdimandikan, tidak dikafankan dan dikebumikan di tempat beliau gugur, iaitu dimedan perang itu sendiri.
Syahidkecil merujuk kepada seorang muslim yang meninggal dunia dalam keadaandizalimi, keadaan mengerikan atau dalam keadaan sedang melakukan pengorbanan.Contohnya ialah meninggal dunia
ditikam perompak, dihempap bangunan dan keranawabak penyakit. Orang yang meninggal dunia seperti ini jenazahnya diuruskanseperti biasa. Di Hari Akhirat kelak, mereka dihimpunkan bersama mereka
yanggugur syahid di medan perang.
Be first to comment this article | Add as favourites (35) | Quote this article on your site | Views: 2839 |
|
Baca lagi...
|
|
|
Soal Jawab Agama Julai 2010 |
|
|
|
|
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
|
|
Wednesday, 14 July 2010 |
|
Soalan 1: Nama Anak Angkat.
Apakahharam hukumnya apabila seseorang itu mengambil anak angkat lalu memberi namadengan menggunakan nama ayah angkatnya, tanpa menggunakan “bin” atau
“binti”.Adakah ia dibenarkan dalam syarak? Musykil, Sungai Besar, Selangor.
Jawapan:
Jikadiperhatikan nama saya Hafiz Firdaus Abdullah, mudah diketahui bahawa nama ayahsaya ialah Abdullah. Ini kerana sekalipun tidak digunakan “bin”, kebiasaanmasyarakat akan
dapat mengenal pasti bahawa nama saya ialah Hafiz Firdaus binAbdullah.
Dalammemberi nama kepada anak angkat, ia tidak boleh disandarkan kepada nama ayahangkatnya tanpa mengira sama ada menggunakan “bin”, “binti” atau tidak.
ApabilaEncik Hasan mengambil anak angkat lalu diberikan nama Kamaruddin, tidak bolehdisandarkan kepada namanya. Tidak boleh menamakan anak itu Kamaruddin bin Hasanmahupun Kamaruddin Hasan.
Dalil larangan ini ialah firman Allah SWT:
“Panggilahanak-anak angkat itu dengan bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebihadil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapamereka, maka panggilah
mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dansebagai "maula-maula" kamu.” [Surah al-Ahzab, ayat 5]
Be first to comment this article | Add as favourites (40) | Quote this article on your site | Views: 2320 |
|
Baca lagi...
|
|
|
Soal Jawab Agama Jun 2010 |
|
|
|
|
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
|
|
Friday, 11 June 2010 |
|
Soalan 1: Memberi Nama
Kepada Anak.
Memilih nama anaksememangnya tugas penting dalam kehidupan ibubapa. Ada pendapat yang mengatakanmemberi anak nama “Muhammad” hukumnya adalah sunat. Boleh berikan
pendapatberkenaan hal tersebut?
Mila, Beseri, Perlis.
Jawapan:
Terdapat beberapa riwayat
hadis yangmenerangkan keutamaan memberi nama “Ahmad” dan “Muhammad” kepada seorang anak.Akan tetapi hadis-hadis tersebut semuanya lemah (dha’if), tidak ada yangsahih. Imam Ibn Bukair al-Baghdadi rahimahullah telah menulis sebuahkitab dalam bab ini, berjudul Fadhail Man Ismuhu Ahmad wa Muhammad. Didalamnya beliau telah menghimpun hadis-hadis berkenaan keutamaan memberi nama“Ahmad” dan “Muhammad” kepada seorang anak, namun tidak ada di
antarahadis-hadis itu yang sahih.
Kesimpulannya, boleh
memberi anakdengan nama “Muhammad” ataupun “Ahmad”. Namun jangan berkeyakinan hukumnyasunat dan dapat menjana pahala. Ini kerana hukum sunat tidak boleh
disandarkankepada hadis yang lemah.
Be first to comment this article | Add as favourites (40) | Quote this article on your site | Views: 2188 |
|
Baca lagi...
|
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 Kemudian > Akhir >>
|
| Keputusan 19 - 27 terhadap 29 |