HafizFirdaus.com

  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
Utama
2007 Tahun Melawat Malaysia..Kecuali Masjid? PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Hafiz Firdaus Abdullah   
Tuesday, 25 September 2007
Index Artikel
2007 Tahun Melawat Malaysia..Kecuali Masjid?
Halaman 2
Halaman 3
Halaman 4
Halaman 5
Halaman 6

pic_business.jpgKemudian apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam keluar, baginda tidak menegur tindakan para sahabat yang mengikat orang bukan Islam di dalam masjid. Ini sekali lagi menunjukkan harus hukumnya bagi orang bukan Islam memasuki dan berada di dalam masjid. al-Khaththabi rahimahullah (388H) berkata:
Di dalam hadis tersebut terkandung kebolehan bagi orang musyrik masuk ke dalam masjid sekiranya ada keperluan di dalam masjid, seperti ada orang yang berhutang kepadanya di dalam masjid yang tidak keluar untuk membayar hutang kepadanya (maka boleh boleh memasuki masjid untuk berjumpa orang itu) atau dia ingin mengadu kesnya kepada seorang hakim yang ada di dalam masjid (maka boleh memasuki masjid untuk berjumpa hakim).
Pernah orang-orang kafir memasuki masjid Nabi yang mereka minta izin kepada baginda untuk duduk di dalam masjid itu. Abu Daud telah meriwayatkan hadis dari Abu Hurairah radhiallahu 'anh bahawa orang-orang Yahudi pernah mendatangi Nabi shallallahu 'alaihi wasallam ketika baginda sedang berada dalam masjid. [Dikemukakan oleh al-Sha‘ani dalam Subul al-Salam Syarh Bulugh al-Maram (Dar al-Arqam, Beirut), jld. 1, ms. 175]
Pandangan yang mengharamkan orang bukan Islam memasuki masjid menggunakan ayat berikut sebagai dalil:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلاَ يَقْرَبُوا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَذَا.
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis, oleh itu janganlah biarkan mereka menghampiri al-Masjid Al-Haram sesudah tahun ini. [al-Taubah 9:28]
Ayat ini menyatakan orang bukan Islam adalah najis dan sesuatu yang najis tidak boleh dibawa masuk ke dalam masjid. Oleh kerana itulah orang bukan Islam dilarang menghampiri al-Masjid al-Haram di Mekah. Berdasarkan kaedah qiyas, orang bukan Islam dilarang menghampiri semua masjid tanpa terhad kepada al-Masjid al-Haram.
Pandangan ini ditolak dari dua sudut:
1. Maksud perkataan “najis” dalam ayat di atas ialah najis dari sudut agama, bukan fizikal. Ibn Katsir rahimahullah (774H) menyatakan: “Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya yang mukmin lagi suci agama dan dirinya agar mengusir orang-orang musyrik dari al-Masjid al-Haram kerana mereka adalah orang-orang yang najis agamanya (نجس دينا) ……ada pun kenajisan tubuh orang musyrik, maka menurut jumhur ilmuan, tubuh dan diri orang musyrik tidaklah najis.” [Tafsir al-Qur’an al-‘Azhim (Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut, 1999), jld. 2, ms. 329-330]
2. Menggunakan kaedah qiyas untuk meluaskan hukum ke seluruh masjid adalah tidak benar kerana apabila Allah Subhanahu wa Ta'ala mengkhususkan al-Masjid al-Haram, bererti hukum larangan hanya ditujukan kepada masjid tersebut dan tidak kepada masjid-masjid yang lain. Seandainya Allah menghendaki hukum larangan meliputi semua masjid, nescaya Allah akan menyebut masjid secara umum sebagaimana dalam ayat-ayat-Nya yang lain.
Kesimpulannya, orang bukan Islam boleh memasuki masjid. Hanya disyaratkan bahawa kemasukan mereka bukanlah untuk membuat kerosakan kepada masjid atau mengganggu orang yang sedang beribadah di dalamnya. Namun perlu diwarnakan bahawa dua syarat ini mencakupi sesiapa saja yang memasuki masjid, sama ada orang Islam atau orang bukan Islam.

 
< Prev

 
 

Dana Palestin

RM1 setiap bulan kepada Palestin masukkan derma anda ke dalam akaun:
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia

Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun: 12113010005797

Aman Palestin Berhad
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun: 12029010047880
Maybank Malaysia Berhad
Nombor akaun: 562263010787

Pertanyaan : 03-89267019
http://palestinkini.info/

Statistik

110,552Visitors:
32Visitors today:
328Visitors yesterday:
100.25Visitors per day: Ø
561,753Page views:
234Page views today:
2,154Page views yesterday:
509.41Page views per day: Ø
5.08Page views per visitor: Ø
122Page views this page:
86Your own page views:
max.
60Max. online:
2008-10-12, 20:56:00at (date):
724Max. visitors per day:
2008-10-13at (date):
7,287Max. page views per day:
2008-12-26at (date):
 
2007-11-13Statistics started:

Daftar Masuk






Hilang Kata laluan?
Tiada akaun lagi? Daftar

Ingin dapatkan buku karangan Saudara Hafiz Firdaus?
Jahabersa
Klik Sini

al-fikrah.gif
hantarkan soalan anda ke al-Fikrah

Carian Buku-buku Online

PalestinKini.info

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0 Unported License.