Koleksi Artikel
Soal Jawab Agama
Perbezaan Agama | Perbezaan Agama |
|
|
|
| Ditulis oleh Pengendali Laman | ||||||||||||||||
| Wednesday, 03 October 2007 | ||||||||||||||||
|
In fikrah yahoogroups, cikgu rahim wrote: Sebenarnya perbedaan antara Islam dan agama-agama lain sgt jauh bedanya. Hanya Islam yg dpt mengemukakan penyelesaian kpd semua masalah hidup manusia, sejak dulu hingga Kiamat . Aqeedah tauhid yg jelas, fikrah yg meliputi seluruh bidang hidup manusia, ajarannya yg bersifat ilmiah dan saintifik adalah bukti yg nyata bahawa Islam agama yg hak. Dibandingkan dgn agama-agama lain, kedudukan Islam begitu tinggi sekali. Hanya manusia yg tidak sihat akalnya boleh menerima ajaran selain Islam.
---------------------
Walaupun pada dasarnya saya bersetuju dgn komen cikgu, tapi saya ingin menghalusi sikit supaya ia tidak terlalu syok sendiri dan sindrom tidak terpijak di alam nyata...Yang sebenarnya, Islam melihat agama dari dua perspektif: agama samawi dan agama ardhi. Agama samawi ialah agama yg bersumberkan wahyu, termasuklah Judaism dan Kristian yg dikelaskan sebagai ahlil kitab suatu sebutan yg melambangkan dekatnya ia dgn Islam. Malah sembelihan mereka boleh dimakan dan wanita mereka yg baik boleh dinikahi. Manakala agama ardhi ialah yg berasal dari bumi atau manusia sendiri, misalnya agama berhala dan animisme. Agama ardhi kedudukannya jauh dari agama samawi.
Hanya manusia yg tidak sihat akalnya sahaja yg boleh menerima agama lain. Komen THTL: Sepintas lalu cikgu telah meletakkan seluruh manusia tidak sihat akal kerana menganut agama selain Islam. Ini satu blunt statement dan syok sendiri. Yang sebenarnya, kebanyakan manusia hari ini belum didedahkan lagi kepada Islam atau ada taghoot yg menutupi Islam dari sampai kepada mereka. Propaganda Yahudi, bahawa Islam adalah agama ekstemis, pengganas dsbnya, menyebabkan mereka menjauhi Islam. Akal majoriti manusia masih sihat, cuma mereka tidak yakin Islam adalah agama yg benar berdasarkan kelakuan pemeluknya sekarang. ---------------- Sebab itulah Kristian ditolak di negara-negara yg majoritinya penganut Kristian. Mereka sekadar Kristian pada nama dan upacaranya saja. Komen THTL: Ini juga suatu analisa yg kurang tepat. Negara -negara Kristian pada hari ini tidak menolak Kristian, malah mereka mengukuhkan kristian dan Kristian termasuk ajaran agama yg bersifat missionary. Kristian dikukuhkan dalam kehidupan Barat dan dikembangkan keseluruh dunia secara jointventure dgn sekulerisme. Jika dahulu gereja menjadi tonggak masyarakat, sekarang gereja dikeluarkan dari arus perdana masyarakat tapi tidak bermakna pegangan Barat kepada gereja semakin merosot. ------------------
Komen THTL: Untuk pengetahuan cikgu...pertembungan antara Islam dan salibiyah bukanlah isu dzaan lagi, tapi ia mesti disorot kembali dari awal lagi bagaimana interaksi Nabi saw dgn ahlil kitab yg mendiami Medina, Khaibar, Palestine. Hinggalah ke zaman Umar alKhattab ra membuka Palestin dan keunggulan Salahuddin alAyyubi dalam siri perang salib yg panjang dan berdarah. Add as favourites (39) | Quote this article on your site | Views: 2653
Only registered users can write comments. Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6 |
||||||||||||||||
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
| 25.Sep | |
| 25.Sep | |
| 09.Sep |
