| Cabaran di Era Globalisasi Masa Kini |
|
|
|
| Ditulis oleh Pengendali Laman | |||||||||||||
| Wednesday, 03 October 2007 | |||||||||||||
Halaman 11 terhadap 11
Kata Penutup.
Islam adalah agama yang global. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman: هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَكَفَى بِاللَّهِ شَهِيدًا. Dia-lah (Allah) yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (Islam), supaya Dia meninggikannya (Islam) atas segala agama yang lain; dan cukuplah Allah menjadi Saksi (tentang hal itu).[35] al-Qur’an adalah kitab yang global kerana ia adalah penentu antara yang benar dan salah (al-Furqan) bagi seluruh manusia: تَبَارَكَ الَّذِي نَزَّلَ الْفُرْقَانَ عَلَى عَبْدِهِ لِيَكُونَ لِلْعَالَمِينَ نَذِيرًا. Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqaan (al-Qur’an) kepada hamba-Nya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.[36] Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam adalah Rasul yang global kerana baginda diutus kepada semua manusia: قُلْ يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا. Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya.”[37] وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلاَّ رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ. Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.[38] Umat Islam adalah umat yang global kerana kita telah dipilih oleh Allah untuk mengglobalisasi kepada umat yang lain tentang apa yang benar dan salah: وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا. Dan demikianlah Kami jadikan kamu (wahai umat Islam) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (yang lain tentang benar dan salah) dan Rasulullah pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.[39] Maka apabila kita berbincang tentang globalisasi, sepatutnya Islam dan umatnya menjadi pemain utama. Mengglobalisasi merupakan ciri-ciri Islam dan umatnya. Tidak sekadar itu, arus mengglobalisasi yang dibawa oleh Islam dan umatnya bersifat positif seluruhnya, iaitu memberi manfaat dan menjauhkan mudarat kepada manusia, haiwan dan alam semesta. Sekali pun realiti masa kini menunjukkan kita lebih diglobalisasi daripada mengglobalisasi, masih belum terlambat untuk mengubahnya. Namun perubahan tersebut tidak akan berlaku jika diri sendiri tidak melakukan perubahan terhadap sikap dalam beragama. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman: إِنَّ اللَّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.[40]
| |||||||||||||