HafizFirdaus.com

  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
Utama arrow Koleksi Artikel arrow Cabaran di Era Globalisasi Masa Kini
Cabaran di Era Globalisasi Masa Kini PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Pengendali Laman   
Wednesday, 03 October 2007
Index Artikel
Cabaran di Era Globalisasi Masa Kini
Halaman 2
Halaman 3
Halaman 4
Halaman 5
Halaman 6
Halaman 7
Halaman 8
Halaman 9
Halaman 10
Halaman 11

 

 

Cabaran Tajdid di era globalisasi masa kini.

Dalam rangka mengembalikan agama dan umat kepada Islam yang pertama lagi tulen di era globalisasi masa kini, kita memiliki beberapa cabaran. Cabaran-cabaran ini boleh dikenali dengan merenung kembali kepada tiga fakta tentang globalisasi yang saya kemukan di atas, iaitu:

·        Berdasarkan fakta pertama, kita mengetahui bahawa globalisasi adalah sesuatu yang benar-benar berlaku. Ia tidak boleh dihindari mahupun disifarkan. Maka cabaran kita bukanlah menafikan globalisasi tetapi mengendalikannya.

·        Berdasarkan fakta kedua, kita mengetahui bahawa arus globalisasi memiliki sisi yang positif dan negatif. Maka cabaran kita ialah membezakan antara yang positif dan negatif, seterusnya mengambil yang positif dan menghalang atau mengubah yang negatif.

·        Berdasarkan fakta ketiga, kita mengakui bahawa umat Islam di Malaysia lebih bersifat diglobalisasi daripada mengglobalisasi. Maka cabaran kita ialah cuba mengubahnya kepada bentuk dua hala yang adil antara diglobalisasi dan mengglobalisasi, dimana kedua-duanya menyangkut apa yang positif.

Tiga cabaran di atas memanglah sesuatu yang besar, berat lagi sukar bagi agama dan umat. Akan tetapi sama-sama diketahui bahawa sesuatu yang besar boleh menjadi kecil, sesuatu yang berat boleh menjadi ringan dan sesuatu yang sukar boleh menjadi mudah jika kita, bukan orang lain tetapi kita sendiri, berusaha melakukan beberapa perubahan sikap dalam beragama. Perubahan yang dimaksudkan adalah:

Pertama: Berubah dari hafalan kepada kefahaman.

Sedar atau tidak, kebanyakan kita beragama semata-mata berdasarkan hafalan, iaitu apa yang diperlukan untuk lulus peperiksaan zaman persekolahan. Kemudian ada yang ingin mempertingkatkan ilmu agama, namun peningkatan tersebut hanya dibataskan kepada menghadiri kelas-kelas Tajwid dan Fardhu Ain. Sebaliknya apabila berinteraksi dengan pelbagai lapangan yang lain, seperti apa yang berkaitan dengan kerjaya atau hobi, kita mempertingkatkannya kepada tahap-tahap yang tidak mengenal batas maksima.

Ini adalah satu kezaliman yang amat berat kepada agama dan diri sendiri. Agama Islam bukan sekadar hafalan tajwid dan fardhu ain manakala umat Islam tidak boleh membataskan diri sekadar hafalan tajwid dan fardhu ain. Kita hendaklah berusaha sekadar mampu untuk menuntut pelbagai ilmu agama agar kita dapat memahami dan menghalusinya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ.

Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim.[15]

Berilmu sahaja tidak mencukupi, ia perlu disempurnakan dengan kefahaman. Kefahaman adalah satu faktor yang penting sehingga Allah telah mengunggulkan Nabi Sulaiman di atas Nabi Daud berdasarkan faktor kefahaman sekalipun kedua-duanya memiliki kebijaksanaan dan ilmu. Perhatikan firman-Nya:

وَدَاوُودَ وَسُلَيْمَانَ إِذْ يَحْكُمَانِ فِي الْحَرْثِ إِذْ نَفَشَتْ فِيهِ غَنَمُ الْقَوْمِ وَكُنَّا لِحُكْمِهِمْ شَاهِدِينَ (78) فَفَهَّمْنَاهَا سُلَيْمَانَ وَكُلاًّ آتَيْنَا حُكْمًا وَعِلْمًا وَسَخَّرْنَا مَعَ دَاوُودَ الْجِبَالَ يُسَبِّحْنَ وَالطَّيْرَ وَكُنَّا فَاعِلِينَ (79).

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Daud dengan Nabi Sulaiman, ketika mereka berdua menghukum mengenai tanaman-tanaman semasa ia dirosakkan oleh kambing kaumnya pada waktu malam; dan sememangnya Kamilah yang memerhati dan mengesahkan hukuman mereka. Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmah kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak).[16]

Faktor kefahaman juga ditekankan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam sabda baginda:

مَنْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ.

Sesiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, maka Dia akan memberinya kefahaman dalam agama.[17]

Kembali kepada cabaran globalisasi, sudah tentu kita tidak akan mampu menghadapinya, khasnya untuk membezakan antara arus yang positif dan negatif, semata-mata berdasarkan ilmu tajwid dan fardhu ain. Oleh itu hendaklah kita berusaha untuk berubah sikap dalam beragama, dari hafalan kepada kefahaman. Kefahaman tidak akan diperoleh melainkan dengan melazimkan diri menelusuri ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis yang sahih serta menganalisa penjelasan para ulama’.



 
< Prev   Seterusnya >
 
 

Pindah Turun Terkini

25.Sep
Downloads
FileKhawarij Moden
25.Sep
Downloads
FileBahaya Syiah
09.Sep
Downloads
FileSumpah

Statistik

95,771Visitors:
62Visitors today:
352Visitors yesterday:
90.70Visitors per day: Ø
472,276Page views:
555Page views today:
1,934Page views yesterday:
447.26Page views per day: Ø
4.93Page views per visitor: Ø
781Page views this page:
71Your own page views:
max.
60Max. online:
2008-10-12, 20:56:00at (date):
724Max. visitors per day:
2008-10-13at (date):
5,615Max. page views per day:
2008-11-02at (date):
 
2007-11-13Statistics started:
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0 Unported License.