HafizFirdaus.com

  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
Utama arrow Arkib Artikel arrow Hukum dan Adab Berjamaah Dalam Islam
Hukum dan Adab Berjamaah Dalam Islam PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Hafiz Firdaus Abdullah   
Tuesday, 24 June 2008
Index Artikel
Hukum dan Adab Berjamaah Dalam Islam
Halaman 2
Halaman 3
Halaman 4
Halaman 5
Adab Ketujuh: Menyertai Jamaah Bukan Satu Kewajipan.
Apabila berbicara tentang jamaah, akan ditemui sebahagian umat Islam yang tidak menyertai mana-mana jamaah. Terdapat beberapa sebab di sebalik tindakan ini:
1.    Mereka berpendapat pandangan yang melarang berbilang jamaah adalah pandangan yang kuat (rajih) sehingga dengan itu mereka menahan diri daripada menyertai mana-mana jamaah.
2.    Mereka tidak menemui mana-mana jamaah yang memiliki adab-adab berjamaah yang baik.
3.    Mereka pernah menyertai satu atau lebih jamaah dan mendapati jamaah-jamaah tersebut tidak memiliki adab-adab berjamaah yang baik. Maka dengan itu mereka keluar dan berhenti daripada menyertai mana-mana jamaah.
4.    Mereka berpandangan usaha demi kebaikan agama dan manusia dapat dicapai secara lebih berkesan tanpa menyertai mana-mana jamaah.
Di antara yang menyertai jamaah dan yang tidak menyertai, perlu wujud sikap saling menghormati antara satu sama lain. Tidak boleh satu pihak mencerca atau memandang rendah pihak yang lain. Ini kerana yang diwajibkan oleh agama ialah berjamaah – yakni bersatu – manakala menyertai jamaah hanya satu pilihan yang terbuka kepada kecenderungan masing-masing.

Mewajibkan setiap individu menyertai jamaah bererti mensyari‘atkan satu hukum agama yang baru dan ini adalah salah satu perkara yang menyalahi tauhid. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنْ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ.

Adakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyari‘atkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan oleh Allah? [al-Syura 42:21]

Demikian tujuh adab berjamaah yang perlu diperhatikan oleh para ahli jamaah dan mereka yang berhajat menyertai jamaah.

Nasihat Kepada Para Pelajar.
Memandangkan kebanyakan yang menyertai jamaah-jamaah ialah para pelajar institut pengajian tinggi, saya ingin merebut peluang ini untuk berkongsi dua nasihat.
1.    Tujuan anda di institut pengajian tinggi ialah menuntut ilmu dalam jurusan masing-masing. Maka fokus anda ialah menuntut ilmu hingga lulus cemerlang. Jangan berlebih-lebihan dalam aktiviti jamaah hingga terganggu aktiviti pembelajaran anda. Ingat! Jurusan yang sedang anda pelajari itu adalah juga penting demi kebaikan agama dan manusia. Justeru bahagilah masa dan tenaga secara adil antara pembelajaran dan aktiviti jamaah.
2.    Sama ada menyertai jamaah atau tidak, berusaha demi kebaikan agama dan manusia adalah sesuatu yang dituntut ke atas kita sepanjang hidup. Oleh itu jangan sekadar bergiat aktif ketika di institut pengajian tinggi tetapi kemudian mengabaikannya setelah tamat pengajian. Sebaliknya hendaklah sentiasa berusaha sehingga ke akhir hayat. Agama Islam dan manusia, sama ada yang muslim atau bukan muslim, amat memerlukan anda.



Add as favourites (110) | Quote this article on your site | Views: 5706

Be first to comment this article
RSS comments

Only registered users can write comments.
Please login or register.

Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6
AkoComment © Copyright 2004 by Arthur Konze - www.mamboportal.com
All right reserved



 
< Prev   Seterusnya >
 
 

Statistik

396,914Visitors:
54Visitors today:
549Visitors yesterday:
232.55Visitors per day: Ø
2,065,125Page views:
391Page views today:
7,153Page views yesterday:
1,209.94Page views per day: Ø
5.20Page views per visitor: Ø
269Page views this page:
53Your own page views:
max.
64Max. online:
2009-05-21, 14:45:31at (date):
1,334Max. visitors per day:
2010-08-11at (date):
21,487Max. page views per day:
2010-08-19at (date):
 
2007-11-13Statistics started:

MENJAWAB FITNAH

Satu ruangan khas (menu utama) telah dibina bagi menjawab kekeliruan yang timbul disebabkan salahfaham terhadap perbincangan ilmu oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah. Sehubungan dengan itu, para pembaca budiman diharap dapat memaklumkan sebarang kenyataan atau perbincangan yang mngelirukan melibatkan perbincangan ilmu oleh Kapten Hafiz Firdaus samaada secara terus kepada beliau atau kepadapengendali laman. Harap maklum dan terima kasih.
 
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0 Unported License.