HafizFirdaus.com

  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
Utama
Meninjau Semula Tarikh 27 Rejab. PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Hafiz Firdaus Abdullah   
Thursday, 31 July 2008
Index Artikel
Meninjau Semula Tarikh 27 Rejab.
Halaman 2

moon001.jpgTarikh 27 Rejab agak masyhur di kalangan umat Islam kerana ia adalah tarikh yang dikatakan berlakunya peristiwa agung Isra’ dan Mi’raj. Pada malam itu dikatakan Rasulullah s.a.w. telah di-Isra’ dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Palestin. Kemudian baginda di-Mi’raj dari Masjid al-Aqsa ke arah langit, melepasi lapisan-lapisannya sehinggalah ke Sidrat al-Muntaha.

Saya tidak mengingkari peristiwa agung ini. Ia adalah salah satu mukjizat yang Allah kurniakan kepada hamba-Nya yang teristimewa, Muhammad. Allah mengkhabarkan peristiwa Isra’ dalam ayat pertama surah al-Isra’: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan (Isra’) hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” [al-Isra’ 17:01]

Allah mengkhabarkan peristiwa Mi’raj dalam ayat tiga belas hingga lapan belas surah al-Najm: “Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, di sisi Sidrat al-Muntaha, yang di sisinya terletak Syurga Jannah al-Makwa. (Nabi Muhammad melihat Jibrail dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa (Sidrat al-Muntaha) itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.

Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (pemandangan indah di situ yang dia diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya, dia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda Tuhannya.” [al-Najm 53:13-18]

Memang ada yang cuba mentakwil peristiwa Isra’ dan Mi’raj sebagai konon hanya merupakan mimpi Rasulullah s.a.w.. Alhamdulillah saya telah membantah takwilan ini dalam artikel Isra’ dan Mi’raj: Mukjizat Rasulullah Yang Kedua Terbesar. Ia dimuatkan dalam buku Membongkar Aliran Islam Liberal terbitan Jahabersa, Johor Bahru.

 
< Prev   Seterusnya >

 
 

 Hubungi Penulis di:

019-3848467 (SMS sahaja)
hafizfirdaus@hotmail.com

Dapatkan buku karangan Penulis di:
Jahabersa

Hantarkan soalan anda ke:
al-fikrah.gif 
Dapatkan karya bermanfaat di:
karangkraf.jpg

Masukkan E-mail anda:

jemputan.gif

Statistik

822,500Visitors:
695Visitors today:
825Visitors yesterday:
352.48Visitors per day: Ø
3,811,051Page views:
3,649Page views today:
3,721Page views yesterday:
1,633.23Page views per day: Ø
4.63Page views per visitor: Ø
54Page views this page:
188Your own page views:
max.
64Max. online:
2009-05-21, 14:45:31at (date):
1,334Max. visitors per day:
2010-08-11at (date):
21,487Max. page views per day:
2010-08-19at (date):
 
2007-11-13Statistics started:
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0 Unported License.