Koleksi Artikel
Zikir Jahr vs Zikir Sirr. | Zikir Jahr vs Zikir Sirr. |
|
|
|
| Ditulis oleh Pengendali Laman | ||||||||
| Tuesday, 07 August 2007 | ||||||||
Halaman 1 terhadap 6 Zikir Jahr vs Zikir Sirr. Hafiz Firdaus Abdullah Pertama: Sumber agama ialah al-Qur’an dan al-Sunnah. Akhi Mohd Fitri membuka artikelnya di perenggan kedua (ms. 75) dengan penegasan bahawa “para ulama’ adalah golongan yang paling takut kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.. Tidak akan keluar dari bibir dan peluh keringat mereka sekumit pandangan melainkan ianya didasari oleh petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah. Pertama: Jika berlaku perselisihan antara pendapat ulama dengan al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, maka al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih diunggulkan di atas pendapat para ulama. Kemudian, jika berlaku perselisihan pendapat di antara para ulama, maka diunggulkan pendapat yang paling mendekati al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Semua ini adalah berdasarkan firman Allah yang bermaksud: Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. [al-Nisa’, ayat 59] Kedua: Tidak semua individu yang memakai jubah ulama’ dapat diiktiraf sebagai ulama’. Di antara mereka ada yang benar-benar ikhlas lagi jujur menegakkan kebenaran. Pemikiran, ucapan dan penulisan mereka menepati al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih berdasarkan kefahaman al-Salaf al-Shalih. Individu seperti ini adalah ulama’ yang diiktiraf. Ulama’ seperti ini patut menjadi rujukan umat Islam. Sekali pun sekali-sekala mereka berbuat silap, kesilapan tersebut tidak menjatuhkan martabat mereka sebagai ulama’. Di antara mereka ada yang benar-benar ingin menjauhkan umat Islam dari al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Mereka memiliki agenda lain seperti kepentingan diri sendiri, mazhab atau parti. Individu seperti ini tidak boleh digelar sebagai ulama’. Wajib menjelaskan kepada orang ramai akan kerosakan dan keburukan mereka. Antara contoh individu yang duduk dalam kategori kedua ini ialah Hasan Ali al-Saqqaf yang dirujuk oleh akhi Mohd Fitri dalam artikelnya di ms. 77. |
||||||||
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
| 25.Sep | |
| 25.Sep | |
| 09.Sep |
