Arkib Artikel
Soal Jawab Agama
Mengelak syirik jali dan khafi | Mengelak syirik jali dan khafi |
|
|
|
| Ditulis oleh Pengendali Laman | ||||
| Sunday, 15 November 2009 | ||||
|
Soalan: Bagaimanakah cara terbaik untuk menghindarkan diri daripada syirik jali dan syirik khafi? Mazuin Md.Noh, Kangar, Perlis.
Jawapan: Syirik jali ialah syirik yang jelas, terang lagi nyata. Ia seperti orang yang percaya kepada bintang-bintang horoscope umpama Cancer, Libra dan sebagainya sebagai penentu nasib baik dan buruknya. Juga orang yang menyakini kekuasaan tangkal azimat untuk melindungi dirinya dari sesuatu mudarat. Cara terbaik untuk menghindari syirik jali ialah untuk mengetahui dan mempelajari ciri-cirinya. Sila rujuk buku saya 13 Perkara Yang Mencemari Kemurnian Tauhid.
Syirik khafi ialah syirik yang tersembunyi seperti perasaan riya’ atau sum’ah ketika melakukan sesuatu amal shalih. Riya’ ialah perasaan suka diperhati oleh orang lain manakala sum’ah ialah perasaan suka didengar oleh orang lain. Cara terbaik menghindari syirik khafi ialah dengan membaca doa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.:
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada menyekutukan Engkau padahal aku mengetahui dan aku memohon keampunan Engkau (daripada menyekutukan Engkau dengan sesuatu) yang tidak aku ketahui.” [Shahih al-Jami’ al-Shagheir, no: 3731; Dara.com edisi Mac 2009] Add as favourites (11) | Quote this article on your site | Views: 1094
Only registered users can write comments. Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6 |
||||
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
