| Dis 2009 |
|
|
|
| Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah | ||||
| Thursday, 10 December 2009 | ||||
Mutiara Doa: Doa Memohon Zuriat.“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.”
<!--[if !supportLists]-->1. <!--[endif]-->Ini adalah doa Nabi Zakaria yang dirakam dalam al-Qur’an, surah al-Anbiya’, ayat 89. <!--[if !supportLists]-->2. <!--[endif]-->Nabi Zakaria dan isterinya tidak memiliki anak setelah sekian lama berkahwin. Lalu Nabi Zakaria berdoa kepada Allah dengan doa di atas dan Allah mengabulkan doa beliau itu. <!--[if !supportLists]-->3. <!--[endif]-->Dalam menghadapi masalah zuriat, Nabi Zakaria tidak menggunakan sebarang petua, ayat mujarab atau jampi-jampian. Sebaliknya beliau merujuk kepada satu-satunya yang berhak dirujuk, iaitu Allah s.w.t.. <!--[if !supportLists]-->4. <!--[endif]-->Allah s.w.t. mengabulkan doa beliau bukan kerana beliau seorang Nabi tetapi kerana sifat beliau yang Allah perincikan sebagai berikut: “Maka Kami perkenankan doanya dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami makbulkan doa Rasul-rasul itu kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.” [Surah al-Anbiya’’, ayat 90] Add as favourites (87) | Quote this article on your site | Views: 1951
Only registered users can write comments. Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6 |
||||
| < Prev |
|---|
