HafizFirdaus.com

  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
Feb 2010 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah   
Friday, 12 February 2010

Mutiara Doa: Doa Apabila Takut Kepada Kejahatan Seseorang.

“Ya Allah! Tuhan tujuh langit, Tuhan Arasy yang agung. Jadilah Engkau pelindung bagiku daripada Fulan bin Fulan (sebut namanya) dan para sekutunya dari kalangan makhluk-Mu. Jangan ada seorang jua daripada mereka yang menyakitiku atau melampaui batas terhadapku. Sungguh kuat perlindungan-Mu dan sungguh agung puji-pujian-Mu, tidak ada tuhan kecuali Engkau.”

 

Doa yang diajar oleh Rasulullah saw ini diriwayatkan dalam Shahih al-Adab al-Mufrad, no 707. Di antara pengajaran doa:

1.      Apabila menghadapi sesuatu masalah, kebimbangan atau hajat, tempat pertama yang kita ajukannya ialah kepada Allah SWT.

2.      Ketika mengajukannya kepada Allah, Rasulullah memulai dan mengakhirkan doa itu dengan pujian-pujian terhadap kebesaran Allah. Ini kembali mengingatkan kita kepada kebesaran Allah di mana tidak ada sesuatu masalah, kebimbangan atau hajat yang lebih besar daripada kuasa Allah, yang tidak mampu diselesaikan oleh Allah.

3.      Ketika meminta perlindungan daripada Fulan bin Fulan dan para sekutunya, Rasulullah menambah “dari kalangan makhluk-Mu”. Ini menyedarkan kita bahawa siapa jua sama ada manusia atau jin, yang berkuasa atau tidak, semuanya adalah makhluk Allah yang berada di bawah kekuasaan Allah.

4.      Doa ini selain memohon perlindungan Allah, memberi motivasi kepada kita untuk tidak takut kepada sesama makhluk, sejahat mana sekalipun tindak-tanduknya.


Add as favourites (27) | Quote this article on your site | Views: 773

Be first to comment this article
RSS comments

Only registered users can write comments.
Please login or register.

Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6
AkoComment © Copyright 2004 by Arthur Konze - www.mamboportal.com
All right reserved

 
< Prev   Seterusnya >
 
 

Statistik

400,329Visitors:
430Visitors today:
611Visitors yesterday:
233.77Visitors per day: Ø
2,098,306Page views:
3,140Page views today:
4,318Page views yesterday:
1,225.28Page views per day: Ø
5.24Page views per visitor: Ø
189Page views this page:
28Your own page views:
max.
64Max. online:
2009-05-21, 14:45:31at (date):
1,334Max. visitors per day:
2010-08-11at (date):
21,487Max. page views per day:
2010-08-19at (date):
 
2007-11-13Statistics started:

MENJAWAB FITNAH

Satu ruangan khas (menu utama) telah dibina bagi menjawab kekeliruan yang timbul disebabkan salahfaham terhadap perbincangan ilmu oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah. Sehubungan dengan itu, para pembaca budiman diharap dapat memaklumkan sebarang kenyataan atau perbincangan yang mngelirukan melibatkan perbincangan ilmu oleh Kapten Hafiz Firdaus samaada secara terus kepada beliau atau kepadapengendali laman. Harap maklum dan terima kasih.
 
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0 Unported License.