HafizFirdaus.com

  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
Utama arrow Arkib Artikel arrow Soal Jawab Agama arrow Solat di rumah atau di masjid bagi wanita?
Solat di rumah atau di masjid bagi wanita? PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Pengendali Laman   
Friday, 12 February 2010

Soalan:

Manakah yang lebih utama bagi seorang wanita, bersolat jamaah di masjid atau bersolat sendirian di rumahnya?

Anita, Kuching, Sarawak.

 

Jawapan: Yang lebih utama ialah bersolat di rumah. Seorang isteri pernah mengadu: “Wahai Rasulullah, para suami melarang kami mendirikan solat bersamamu (berjamaah di masjid) padahal kami ingin sangat solat bersamamu.” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Solat kalian (para wanita) di rumah kalian lebih utama berbanding solat kalian di anjung rumah kalian. Sedangkan solat kalian di anjung rumah kalian lebih utama berbanding solat kalian secara berjamaah (di masjid).” [Riwayat Ibn Abi Syaibah, al-Baihaqi dan Ibn Khuzaimah, Fiqh al-Sunnah li al-Nisa, ms. 249]

Namun hadis di atas hanya menerangkan keutamaan tempat solat bagi wanita, bukannya melarang wanita dari bersolat jamaah di masjid. Pada ketika yang lain baginda menerangkan: “Jangan larang wanita-wanita kalian ke masjid (untuk solat berjamaah) sekalipun rumah mereka lebih baik bagi mereka (untuk mendirikan solat).” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 567]

Maka yang utama bagi para wanita ialah bersolat di rumahnya, atau bagi para pelajar wanita ialah bersolat di bilik asramanya. Jika ada sesuatu program yang selari dengan sunnah dianjurkan di masjid, maka boleh ke masjid untuk bersolat jamaah sambil mengikuti program itu.


Add as favourites (16) | Quote this article on your site | Views: 748

Be first to comment this article
RSS comments

Only registered users can write comments.
Please login or register.

Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6
AkoComment © Copyright 2004 by Arthur Konze - www.mamboportal.com
All right reserved

 
< Prev   Seterusnya >
 
 

Statistik

400,329Visitors:
430Visitors today:
611Visitors yesterday:
233.77Visitors per day: Ø
2,098,299Page views:
3,133Page views today:
4,318Page views yesterday:
1,225.28Page views per day: Ø
5.24Page views per visitor: Ø
156Page views this page:
26Your own page views:
max.
64Max. online:
2009-05-21, 14:45:31at (date):
1,334Max. visitors per day:
2010-08-11at (date):
21,487Max. page views per day:
2010-08-19at (date):
 
2007-11-13Statistics started:

MENJAWAB FITNAH

Satu ruangan khas (menu utama) telah dibina bagi menjawab kekeliruan yang timbul disebabkan salahfaham terhadap perbincangan ilmu oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah. Sehubungan dengan itu, para pembaca budiman diharap dapat memaklumkan sebarang kenyataan atau perbincangan yang mngelirukan melibatkan perbincangan ilmu oleh Kapten Hafiz Firdaus samaada secara terus kepada beliau atau kepadapengendali laman. Harap maklum dan terima kasih.
 
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0 Unported License.