Soalan
Apakah hukum orang yangmengamalkan sihir dengan berjumpa bomoh untuk tujuan menganiaya orang lain,sedangkan dia pernah mengerjakan haji dan umrah? Adakah perbuatannya itu jatuhmurtad?
Farah, Kedah.

Jawapan:

Berkenaan sihir, Allah SWT berfirman: “Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikutajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masapemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yangmenyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir(dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihirdan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil(Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelahmereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan(untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (denganmempelajarinya).” [Surah al-Baqarah, ayat 102]

Berdasarkan ayat di atas dapatdifahami bahawa sihir ialah permainan syaitan. Sihir bermaksud sesuatu yangtersembunyi. Cara sihir berfungsi ialah bomoh terbabit memiliki syaitan yangdipeliharanya, dan syaitan itulah yang melaksanakan “sihir” yang diperintahkanoleh bomoh. Sebagai balasan bomoh akan memberikan sesuatu kepada syaitanpeliharaannya itu, lazimnya melibatkan apa yang membawa hukum kafir kepadabomoh terbabit. Antara yang lazim ialah buang air kecil dan air besar di atasmushaf al-Qur’an, memaki hamun Rasulullah SAW, menyembelih haiwan di atas namasyaitan dan bersolat sambil menghadap tengkorak, najis dan sebagainya.

Tidak asing, orang yang datangmengupah bomoh juga diminta melakukan perkara-perkara di atas sehingga dia jugaturut menjadi kafir. Semua ini berlaku secara “tersembunyi dan tersorok”,sehingga dengan itu ia digelar sebagai “sihir”. Oleh itu sihir, sama ada ringanada berat, dengan apa jua alasan, tetap membawa hukum kafir kepada pelakunya(tukang sihir/bomoh) dan pemintanya (orang yang pergi jumpa tukangsihir/bomoh). Pengubat sihir juga boleh menjadikafir, jika dia mengubati sihir dengan sihir. Sebaliknya jika dia ubati sihirdengan nasihat kepada mangsa agar takut serta yakin kepada Allah dan bukankepada sihir, dengan cara mencari dan membasmi agen-agen sihir, maka semua iniadalah cara pengubatan Islam yang tidak membawa hukum kafir.

Walaubagaimanapun, janganlah pula seseorangitu dengan mudah menghukum kafir atau murtad kepada orang yang berjumpa bomohatas tujuan sihir. Sebaliknya siasatlah secara adil dan jika nyata ia sihir,maka berilah penjelasan yang hikmah dan hujah yang meyakinkan agar orang itumenjauhi sihir. Jangan mudah mengkafirkan orang lain, dibimbangi hukum kafiritu kembali kepada orang yang mengkafirkan.