| Hukum membaca al-Qur'an di kuburan |
|
|
|
| Ditulis oleh Pengendali Laman | ||||
| Thursday, 20 May 2010 | ||||
|
Soalan: Seterusnya dinyatakan: “Maksudlain di sebalik hadis ini ialah kawasan perkuburan bukanlah tempat membacaal-Qur’an.” Bolehkah diterangkan hukum membaca al-Qur’an di kubur? Ini keranasaya perhatikan ramai orang yang membaca al-Qur’an, khasnya surah Yasin dikubur. Kasniza, Terengganu.
Para ilmuan berbeza pendapat tentang hukum membaca al-Qur’an di kubur.Sebahagian mereka membenarkannya atas dasar ia adalah amalan yang baik.Sebahagian lagi menegah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.: “Janganlahmenjadikan rumah-rumah kalian sebagai kawasan kubur. Sesungguhnya syaitankeluar dari rumah yang di dalamnya dibaca surah al-Baqarah.” [ShahihMuslim, no: 780] Hadis ini memiliki dwi maksud. Pertama ia menganjurkan kita membacaal-Qur’an di dalam rumah, khasnya surah al-Baqarah. Kedua ia menerangkan bahawaperkuburan bukanlah tempat membaca al-Qur’an, kerana itulahRasulullah menjadikan ia sebagai perumpamaan rumah yang tidak dibacakanal-Qur’an di dalamnya.Di antara dua pendapat ini, saya lebih cenderung kepada yang kedua. Ini keranatujuan ziarah kubur bukanlah untuk memberi manfaat kepada yang diziarah tetapi kepada penziarah. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dahuluaku telah melarang kalian dari menziarahi kubur, sekarang berziarahlah keranasesungguhnya ia dapat melembutkan hati, menitiskan air mata dan mengingatkankepada Hari Akhirat.” [Mustadrak al-Hakim,no: 1342 dengan sanad hasan] Manfaat kepadapenziarah bukanlah dengan membaca al-Qur’an di kubur tetapi dengan mengambiliktibar bahawa pada satu hari nanti dia juga akan menyusul. Maka hendaklah diasegera bertaubat dan memperbanyakkan amal shalih sebelum terlambat.Adapun membacaal-Qur’an, kita tidak perlu membaca di sisi kubur orang yang disayangi. Kitaboleh membaca al-Qur’an di mana-mana jua khasnya di rumah dan kemudian berdoaagar Allah menyampaikan pahala bacaannya kepada orang yang sudah meninggaldunia. Pendapat kedua ini lebih selari dengan hadis-hadis yang dikemukakan diatas berbanding pendapat yang pertama. Add as favourites (41) | Quote this article on your site | Views: 2306
Only registered users can write comments. Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6 |
||||
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
