Kolum Bulanan
Dara.com
Soal Jawab Agama
Hukum Menolak Syari’at Islam. | Hukum Menolak Syari’at Islam. |
|
|
|
| Ditulis oleh Pengendali Laman | ||||
| Wednesday, 14 July 2010 | ||||
|
Soalan:
Apakah hukum menolak syari’at yang termaktub dalam al-Qur’an, umpama dalam bab menutup aurat?
Farid Ariffin, Jerantut, Pahang.
Jawapan:
Soalan di atas mencerminkan budaya menghukum yang mendominasi pemikiran umat IslamMalaysia, manakala soalan yang mencerminkan budaya dakwah dan tarbiyah masih
kekurangan. Soalan yang lebih penting ialah mengapa seseorang itu ingin menolaksyari’at yang termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah?Apakah kerana penyampaian yang tidak jelas,
silibus yang membosankan, percakapan yang tidak diikuti dengan contoh perbuatan dan salah faham yang tidak diluruskan?Atau kerana faktor orang yang menolak itu sendiri seperti kekeliruan,
pengaruhluar, kelemahan jati diri, sejarah serta latar belakang didikan keluarga sejakawal?
Dengan memberi fokuskepada faktor yang menyebabkan seseorang menolak berbanding hukum orang yang menolak, kita akan dapat menarik lebih ramai orang kepada
syari’at Islam.Inilah yang kita kehendaki.
Add as favourites (46) | Quote this article on your site | Views: 1642
Only registered users can write comments. Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6 |
||||
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
