Kolum Bulanan
Dara.com
Soal Jawab Agama
Manfaat Hasil Judi | Manfaat Hasil Judi |
|
|
|
| Ditulis oleh Pengendali Laman | ||||
| Friday, 13 August 2010 | ||||
|
Majikan sayabukan Muslim dan dia selalu bermain nombor ekor. Saya jadi serba salah keranadia sering belanja saya minum dan kadang-kadang memberikan wang jika menangtaruhan. Apakah hukumnya jika saya menerima wang taruhan tersebut? Shima,Taiping, Perak. Jawapan:Judi hukumnya haram berdasarkanfirman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnyaarak, judi, pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anakpanah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh ituhendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” [Surah al-Maidah, ayat90] Keharaman judi juga termasuk segala hasilnya. Oleh itu tidak boleh menerima atau memanfaatkan hasil judi sebagaimana dalam soalan di atas. Solusinya, berterus teranglah secara hikmah kepada majikan bahawa anda tidak dapat menerima pemberian tersebut. Malah lebih baik dapat dinasihatkan majikan itu untuk tidak berjudi, sebaliknya menggunakan lebih duit yang dia ada untuk kebaikan dirinya, syarikat dan para pekerja. Add as favourites (43) | Quote this article on your site | Views: 1667
Only registered users can write comments. Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6 |
||||
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
