|
Ibnu Ishaq. Peranannya dalam penyebaran |
|
|
|
|
Ditulis oleh Pengendali Laman
|
|
Friday, 24 August 2007 |
|
Penulis : Ustaz Muhammad Asri Yusoff
Penerbit : Pustaka Bisyaarah
Cetakan Tahun 2004
Harga RM 12.00
Siapakah Ibn Ishaq? Muhammad bin Ishaq dianggap oleh kebanyakan orang sebagai "Bapa Sirah" dan "Ketua Ahli-ahli Sejarah". Beliau terbilang di antara orang-orang yang pertama menulis
buku maghazi dan sirah, lantaran itu segolongan orang menganggap kata-kata dan pendapat-pendapat Ibnu Ishaq sebagai kata pemutus.
Benarkah Begitu...? Yahya bin Sa'id al-Qatthan berkata, "Aku bersaksi bahwa Muhammad bin Ishaq adalah pendusta besar.
Imam Zahabi pula mengatakan, "Riwayat Ibnu Ishaq gugur dari darjah kesahihan dan tidak harus djadikan hujjah untuk menentukan halal dan haram."
Imam Nawawi menulis, "Muhammad bin Ishaq adalah di antara perawi-perawi yang tidak menepati syarat-syarat hadis sahih.
Buku ini... ...
Penulisan buku ini merupakan salah satu usaha mengembalikan ummah kepada sirah yang tulen dan murni. Ia juga menampilkan peribadi seorang tokoh Syi'ah yang telah berjaya memenangi hati jutaan
ummat Islam sehingga mereka menabalkannya sebagai raja sirah. Sementara di kalangan ulama' pula ramai yang terpesona dan terpedaya dengannya, maka riwayat-riwayatnya disebar dengan meluas
sekali dan diterima baik oleh semua lapisan masyarakat sebagai fakta sirah. Buku ini diharap akan membina daya pemikiran kritis umat Islam apabila berhadapan dengan sebarang maklumat yang
ditemui atau yang sampai kepada mereka dan tidak lagi mereka boleh disulap atau diperkotak-katikkan dengan sewenang-wenang oleh musuh-musuh Islam yang muncul dalam berbagai-bagai rupa.
Add as favourites (261) | Quote this article on your site | Views: 4142
Only registered users can write comments. Please login or register. Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6 AkoComment © Copyright 2004 by Arthur Konze - www.mamboportal.com All right reserved |