Sebahagian ahli tafsir berpendapat ayat di atas antara lain merujuk kepada ibadah solat kerana solat itu sendiri sati bentuk ingatan dan
sebutan kepada Allah. Maka jika seseorang itu sukat untuk solat secara berdiri maka dia solat secara duduk dan jika tetap sukar, maka dia solat secara berbaring. [Tafsir al-Qurtubi, 3/773].
Kadar sesukaran yang membolehkan seseorang itu solat duduk atau baring berbeza-beza mengikut individu, yang penting dia bersikap jujur kepada Allah dalam mengukur kesukaran yang
dihadapinya.
Di antara kesukaran tersebut ialah melaksanakan solat ketika sedang hamil. orang yang hamil meghadapi kadar kesukaran yang berbeza-beza. Bagi
sebahagian orang mereka tetap dapat melaksanakan solat seperti biasa sehinggalah ke saat bersalin. Sebahagian lagi menghadapi kesukaran, khasnya apabila memasuki trimester ketiga. Maka bagi
kes ini, dibolehkan baginya untuk solat secara duduk.
Cara solat duduk ialah duduk secara bersila di atas lantai dengan menghadap kiblat. [Shahih Sunan al-NAsa'e, no:1660]. Rukuk dengan
membongkokkan badan dengan kedua-dua tangan memegang lutut. sujud adalah seperti biasa, namun jika mengalami kesukaran maka bongkokkanlah badan lebih rendah berbanding rukuk dengan kedua-dua
tangan menyentuh lantai.
Jika sukar untuk duduk bersila, pilihan lain ialah duduk sepertimana duduk di antara dua sujud. Jika masih sukar pilihan lain ialah duduk di atas
kerusi. Pergerakan untuk rukuk dan sujud adalah sepertimana penjelasan di atas (duduk bersila).
M
M
Soalan 2: Seks Sebelum Mandi Wajib.
Apakah hukum melakukan seks jika isteri sudah kering darah haid/nifas tapi masih belum mandi wajib. Jika tidak boleh, apakah yang
patut dilakukan jika pernah melakukannya?
Musykil, Kulai, Johor.
M
Jawapan:
Allah berfirman: "Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu), dalam masa
datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan
oleh Allah kepada kamu. Sesungguh-Nya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri." [al-Baqarah 2:222].
Dalam ayat di atas, suami dilarang dari melakukan hubungan seks - yakni memasukkan penis ke dalam vagina - ketika isterinya sedang haid.
Suami hanya dibolehkan bermain-main dengan isterinya dengan menjauhi kawasan vagina. Larangan ini berkuat kuasa dari saat isteri mula haid sehinggalah isterinya sudah bersuci. Para ilmuan
berbeza pendapat dengan maksud bersuci dalam ayat di atas. Ada yang berkata maksudnya isteri menyucikan vaginanya dari kesan darah selepas haid berhenti. Ada yang berkata setelah isterinya
mengambil wudhu'. Ada yang berkata setelah isterinya melakukan mandi wajib. Yang terakhir merupakan pendapat jumhur (majoriti) ilmuan dan inilah yang mendekati kebenaran.
Jika pasangan suami isteri sebelum ini pernah melakukan hubungan seks setelah isteri berhenti haid namun belum mandi wajib, tidak ada
apa-apa hukuman kafarat yang dikenakan. Jika mereka melakukannya kerana jahil, keliru atau terlupa, mereka tidak berdosa. Jika mereka mengetahui hukumnya dan tetap sengaja melakukannya, maka
mereka berdosa. Justeru sebagaimana penghujung ayat al-Qur'an di atas, hendaklah mereka bertaubat dan kembali menggolongkan diri mereka di kalangan orang-orang yang mensucikan diri, yakni
tidak lagi melakukan hubungan sekd kecuali setelah isteri mandi wajib.
M
M
Soalan 3: Alat Perubatan Yang Dimasukkan Ke Dalam Vagina
Adakah pemeriksaan perubatan menggunakan alat kamera berbentuk seperti pensil panjang dan dimasukkan ke dalam lubang faraj memerlukan mandi
wajib selepas prosedur itu dijalankan? Demikian juga dengan apa-apa alat atau prosedur perubatan lain yang seumpama.
Ingin tahu, Kota Damansara, Selangor.
M
Jawapan:
Alat-alat perubatan atau prosedur perubatan sepertimana yang disebut di atas tidak memerlukan seseorang itu untuk mandi wajib setelah ia
selesai. Mandi wajib adalah satu ibadah dan perlaksanaannya hanya apabila terdapat perintah dari al-Qur'an dan al-Sunnah yang sahih. Di sini tidak diketahui adanya perintah untuk mandi wajib
bagi kes di atas.
Only registered users can write comments.
Please login or register.