HafizFirdaus.com

  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
Utama arrow Kolum Bulanan arrow Pengantin arrow Soal Jawab Munakahat arrow Kekurangan Bakal Isteri.
Kekurangan Bakal Isteri. PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Pengendali Laman   
Saturday, 09 April 2011

Soalan:

          Saya baru mendapat tahu bahawa tunang saya pada zaman silamnya pernah terlanjur berzina. Sekalipun beliau sudah bertaubat dan berjanji tidak akan mengulanginya, saya merasa berat untuk meneruskan pertunangan ini kepada alam rumahtangga. Saya bimbang ia akan berulang semula. Apa yang patut saya lakukan?

Jawapan:

          Allah berfirman berkenaan orang yang bertaubat: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaubat dan mengasihi orang-orang yang mensucikan diri.” [al-Baqarah 2:222] Semua manusia pasti pernah melakukan kesalahan dan di antara mereka yang dikasihi oleh Allah ialah yang telah bertaubat dan berazam untuk tidak mengulanginya. Rasulullah bersabda: “Setiap anak Adam mempunyai kesalahan dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang sering bertaubat.” [Shahih Sunan Ibn Majah, no: 3447] Maka beruntunglah sesiapa yang menjadikan orang yang dikasihi Allah sebagai pasangan hidupnya.

          Di sini saya faham bahawa agak berat untuk menerima seseorang yang pernah berzina sebagai pasangan hidup. Namun ketahuilah, tidak ada manusia yang sempurna. Anda mungkin akan menemui calon lain yang tidak pernah berzina tetapi dia tetap akan memiliki kekurangan dari sudut yang lain seperti panas baran, enggan solat, suka mengumpat dan gilakan harta. Bahkan kesukaran anda menerima orang yang sudah bertaubat sebenarnya adalah satu kekurangan pada pihak anda, maka mengapa anda ingin mencari pasangan yang sempurna padahal diri anda juga memiliki kekurangan.

          Jika dapat membantu, maka saya sarankan anda perhatikan sejauh mana tunang anda bersungguh-sungguh untuk bertaubat. Jika beliau benar-benar insaf, menjauhi aktiviti yang boleh menghampirkan kepada zina dan istiqamah dengan amal shalih, maka dapat diyakini dia tidak akan mengulanginya semula selepas ini.


Add as favourites (32) | Quote this article on your site | Views: 655

Be first to comment this article
RSS comments

Only registered users can write comments.
Please login or register.

Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6
AkoComment © Copyright 2004 by Arthur Konze - www.mamboportal.com
All right reserved

 
< Prev   Seterusnya >
 
 

Statistik

823,437Visitors:
730Visitors today:
902Visitors yesterday:
352.70Visitors per day: Ø
3,816,130Page views:
4,202Page views today:
4,526Page views yesterday:
1,634.56Page views per day: Ø
4.63Page views per visitor: Ø
583Page views this page:
46Your own page views:
max.
64Max. online:
2009-05-21, 14:45:31at (date):
1,334Max. visitors per day:
2010-08-11at (date):
21,487Max. page views per day:
2010-08-19at (date):
 
2007-11-13Statistics started:
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0 Unported License.