HafizFirdaus.com

  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
Utama arrow Kolum Bulanan arrow Pengantin arrow Soal Jawab Munakahat arrow Dulang-Dulang Hantaran
Dulang-Dulang Hantaran PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Pengendali Laman   
Wednesday, 01 June 2011

Soalan:

Ketika majlis pertunangan dan pernikahan, ada sesi pertukaran dulang-dulang hantaran. Lazimnya pihak penganting lelaki membawa dulang-dulang hantaran dalam jumlah yang ganjil lalu dibalas oleh pihak penganting perempuan dalam jumlah yang ganjil juga. Adakah semua ini dianjurkan oleh Islam? Saya rasa ia agak memberatkan kerana kos yang tinggi bagi menyediakan dulang-dulang hantaran tersebut dengan segala perhhiasannya.

 

Jawapan:

Rasulullah bersabda: “Salinglah kalian memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai.” [al-Adab al-Mufrad, hadis no: 594 dengan sanad yang hasan] Justeru saling memberi hadiah adalah sesuatu yang dianjurkan dalam Islam.

Merujuk kepada amalan dulang-dulang hantaran, ia merupakan adat masyarakat Melayu di Malaysia. Sekalipun adat, ia memiliki dasar di dalam Islam di mana dulang-dulang tersebut merupakan hadiah di antara pengantin pihak lelaki dan perempuan. Diharapkan dengan pertukaran hadiah-hadiah tersebut, ia akan dapat menjalin hubungan silaturahim dan kasih sayang yang baik di antara kedua-dua keluarga pengantin.

Walau bagaimanapun, syarat-syarat hadiah adalah ia diberikan secara ikhlas, mengikut kemampuan pemberi dan tidak bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau berbangga-bangga di hadapan orang lain. Oleh itu amalan memberi dan bertukar dulang-dulang hantaran di antara pengantin pihak lelaki dan perempuan hendaklah dilakukan secara ikhlas, yakni mengharapkan balasan dan keredhaan Allah. Ia hendaklah disediakan dengan kos yang selari dengan kemampuan pemberi, jangan sehingga berhutang atau makan mee segera semata-mata untuk menyediakan dulang hantaran.

Paling penting, persediaan dulang-dulang hantaran adalah untuk mengeratkan silaturahim dan kasih sayang di antara kedua-dua pihak pengantin. Maka jangan jadikan ia sumber menunjuk-nunjuk kehebatan, kemewahan dan status kepada orang lain. Betapa banyak majlis pertunangan dan perkahwinan yang dulang-dulang hantarannya diharapkan menjadi sebutan orang, namun selepas itu kehidupan kedua-dua mempelai mahupun hubungan kekeluargaan di antara kedua-dua pihak tidak seperti yang diharapkan.


Add as favourites (30) | Quote this article on your site | Views: 1041

Be first to comment this article
RSS comments

Only registered users can write comments.
Please login or register.

Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6
AkoComment © Copyright 2004 by Arthur Konze - www.mamboportal.com
All right reserved

 
< Prev   Seterusnya >
 
 

Statistik

823,439Visitors:
732Visitors today:
902Visitors yesterday:
352.70Visitors per day: Ø
3,816,153Page views:
4,225Page views today:
4,526Page views yesterday:
1,634.56Page views per day: Ø
4.63Page views per visitor: Ø
977Page views this page:
53Your own page views:
max.
64Max. online:
2009-05-21, 14:45:31at (date):
1,334Max. visitors per day:
2010-08-11at (date):
21,487Max. page views per day:
2010-08-19at (date):
 
2007-11-13Statistics started:
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0 Unported License.