Mutiara Doa: Doa Memudahkan Ucapan.

 

Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku;
dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku.

 

Beberapa pengajaran doa:

  1. Doa di atas dibaca oleh Nabi Musa a.s. ketika Allah mengutusnya untuk berdakwah kepada Firaun. Doa tersebut Allah rakam dalam al-Qur’an, surah Ta-Ha, ayat 25-28.
  2. Apabila ingin berucap, sama ada dalam rangka berdakwah atau dalam sesuatu majlis yang selari dengan syari’at Islam, kerap kali kita akan rasa berdebar-debar, kurang yakin dan gusar. Maka amat dianjurkan membaca doa di atas agar Allah mengurniakan kita ketenangan di hati, kemudahan berucap dan ucapan yang fasih lagi difahami.
  3. Sekalipun berpangkat Rasul, Musa a.s. tidak leka dan lalai dari berdoa kepada Allah dalam sesuatu urusannya. Bahkan dalam semua urusannya beliau sentiasa berhubung dengan Allah melalui zikir dan doa. Apatah lagi dengan kita manusia biasa, sudah tentu kita lebih patut menjaga hubungan dengan Allah melalui zikir dan doa, dengan kekerapan yang jauh lebih tinggi berbanding sms, emel dan sembang-sembang dengan rakan harian.