HafizFirdaus.com

  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
Utama
Sifat Shalat Nabi (SAW) PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Pengendali Laman   
Saturday, 25 August 2007

Sifat Shalat Nabi (SAW)

Buku-Buku Berkenaan Ibadah Solat.

Ulasan oleh Abu Adam ( Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya )

Solat adalah ibadat yang pertama sekali akan dihisab, kalau baik maka amalan yang lain akan diterima dan kalau buruk maka tergantunglah pula amalan yang lainnya. Sebab itu sebagai seorang muslim adalah sewajarnya kita mempersembahkan solat kita sebaik mungkin. Solat juga adalah ibadat yang kita berusaha memeliharanya sebaik mungkin kerana sifatnya yang rutin berbanding dengan ibadat khusus yang lain. Semasa bersekolah dulu pun solatlah yang pertama diajar secara praktikal oleh ustaz atau ustazah sehinggalah kita pandai melakukannya. Ada yang bernasib baik bila ibubapa sendiri juga turut mengajarkan solat. Tetapi tidak dapat dinafikan setelah sekian lama ‘tamat pengajian’ belasan atau puluhan tahun dulu tidak ramai di antara kita yang pernah mengulangkaji atau menilai semula ibadat solat mereka. Apa yang lebih malang ialah kerana tidak mengetahui dan cuma mengikut-ikut maka banyaklah kesalahan-kesalahan dalam solat yang tidak kita sedari.

Atas kesedaran ini maka berikut ini adalah ulasan ringkas beberapa buah buku panduan dan pedoman ibadat solat yang amat disyorkan untuk dibaca dan dimiliki. Mungkin kerana kesibukan kita sehari-hari kita tidak sempat untuk mengikuti sebarang kelas bimbingan solat, semoga dengan memiliki buku-buku ini dapat kita melakukan ‘self-learning’ atau ‘self-audit’ ke atas ibadat solat kita selama ini. Dengan panduan buku-buku ini semoga kita dapat juga sentiasa menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai contoh ikutan dalam perlaksanaan ibadat solat kita insyaAllah.

Buku # 1 : Sifat Shalat Nabi (SAW)
Buku # 2 : Pedoman Solat
Buku # 3 : Koreksi Total Ritual Solat

_________________________________________________________________

Sifat Shalat Nabi (SAW)


Judul buku : Sifat Shalat Nabi (SAW)
Judul asal : Shifatu Shalaati An-Nabiyyi (SAW) min At-Takbiiri ilaa At-Tasliimi Ka-annaka Taraaha.
Penulis : Muhammad Nashiruddin Al-Albani
Penerbit : Media Hidayah
Harga : RM13.80
Di mana : Pustaka Indonesia (Depan Masjid India)

Sememangnya buku sudah lama menjadi tatapan pencinta ilmu. Saya telah melihat beberapa versi terjemahan oleh penterjemah Indonesia dan tempatan sebagai membuktikan tingginya minat dan semangat para pendakwah dalam menyampaikan pengetahuan solat cara Nabi (SAW) kepada umat Islam di rantau ini. Edisi terjemahan oleh Media Hidayah ini sepanjang pengetahuan saya adalah terjemahan yang terbaik.

Buku Sifat Shalat Nabi (SAW) ini membahaskan tatacara (kaifiat) solat dari takbir hingga salam melalui petunjuk hadis-hadis Rasulullah (SAW) yang bertaraf sahih dan hasan, sesuai dengan tajuknya. Di samping menjelaskan kaedah solat yang benar dari Rasulullah (SAW) penulis juga menerangkan bacaan-bacaan dalam solat yang warid dari Rasulullah (SAW) sebagaimana yang diriwayatkan oleh para sahabat Baginda (SAW).

Versi o­n-line bahasa Inggeris buku ini boleh didapati di : http://www.qss.org/articles/salah/toc.html, juga sifat wudu’ Nabi (SAW) yang turut dionlinekan http://www.qss.org/articles/wudoo/wudoo_ToC.html.


Add as favourites (49) | Quote this article on your site | Views: 1577

Be first to comment this article
RSS comments

Only registered users can write comments.
Please login or register.

Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6
AkoComment © Copyright 2004 by Arthur Konze - www.mamboportal.com
All right reserved

 
Seterusnya >

 
 

Pindah Turun Terkini

25.Sep
Downloads
FileKhawarij Moden
25.Sep
Downloads
FileBahaya Syiah
09.Sep
Downloads
FileSumpah

Dana Palestin

RM1 setiap bulan kepada Palestin masukkan derma anda ke dalam akaun:
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia

Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun: 12113010005797

Aman Palestin Berhad
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun: 12029010047880
Maybank Malaysia Berhad
Nombor akaun: 562263010787

Pertanyaan : 03-89267019
http://palestinkini.info/

Statistik

95,371Visitors:
14Visitors today:
407Visitors yesterday:
90.43Visitors per day: Ø
469,895Page views:
108Page views today:
1,907Page views yesterday:
445.53Page views per day: Ø
4.93Page views per visitor: Ø
138Page views this page:
22Your own page views:
max.
60Max. online:
2008-10-12, 20:56:00at (date):
724Max. visitors per day:
2008-10-13at (date):
5,615Max. page views per day:
2008-11-02at (date):
 
2007-11-13Statistics started:
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0 Unported License.