| Tasawuf Syar'i: Kritik atas kritik |
|
|
|
| Ditulis oleh Pengendali Laman | ||||
| Saturday, 25 August 2007 | ||||
|
Judul buku: Tasawuf Syar’i: Kritik atas kritik.
Yang benar adalah segolongan umat Islam yang berada di tengah. Iaitu mereka yang terdiri daripada para peneliti (muhaqqiqin) yang sentiasa mengkaji dan menganalisa dengan minda yang terbuka dan hati yang ikhlas. Mereka mengiktiraf kebenaran ilmu tasawuf berdasarkan nas-nas al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Di waktu yang sama mereka berusaha gigih membersihkan ilmu tasawuf daripada pencemaran yang dilakukan oleh sebahagian besar pembid’ah masa kini yang menyandarkan diri mereka sebagai “ahli tasawuf.” Mereka juga bekerja keras menjawab hujah-hujah yang dikemukakan oleh para penentang ilmu tasawuf.
Salah seorang yang berada di “pertengahan” ini ialah Syaikh Sayyid Nur bin Sayyid Ali. Alhamdulillah, Buku ini dimulakan dengan menerangkan apakah itu tasawuf dan kepentingannya kepada umat Islam. Kemudian disusuli dengan jawapan bagi menolak hujah mereka yang beranggapan tasawuf adalah satu bid’ah di dalam Islam. Setelah itu dibahas dan diterangkan maksud sebenar beberapa subjek khusus di dalam tasawuf yang sering berlaku salah faham terhadapnya. Subjek tersebut ialah:
1. Syathahat (ucapan kata-kata yang ganjil). Perkara lain yang bermanfaat dalam buku ini ialah, diterangkan juga kedudukan sebenar Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah tentang ilmu tasawuf. Banyak orang yang salah faham dalam bab ini sehingga menyebabkan mereka membenci Ibn Taimiyyah. Kebencian ini menyebabkan mereka membuat pelbagai fitnah ke atas beliau, sebahagiannya sehingga ke tahap pengkafiran. Yang benar Ibn Taimiyyah bukan penentang tasawuf tetapi penegaknya. Bezanya beliau menegakkan tasawuf yang tulen tanpa bercampur aduk dengan amalan syirik, bid’ah dan kurafat. Saya sangat menganjurkan buku ini kepada para netters supaya mereka yang meminati tasawuf dapat beramal dengan ilmu tasawuf yang sebenar dan mereka yang menentang tasawuf dapat membetulkan semula presepsi mereka tentang ilmu tasawuf. Sekian wassalam. Add as favourites (44) | Quote this article on your site | Views: 1298
Only registered users can write comments. Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6 |
||||
| Seterusnya > |
|---|
| 25.Sep | |
| 25.Sep | |
| 09.Sep |
