| 3 Buku Terbaru |
|
|
|
| Ditulis oleh Pengendali Laman | ||||
| Tuesday, 28 August 2007 | ||||
|
Assalamualaikum warahmatullah... Buku ini memuatkan 16 risalah saya, berupa kertas kerja seminar, nota kuliah dan artikel dalam pelbagai subjek. Antara risalah yang dinanti-nanti adalah yang berjudul: "Perkara Ke-12 Yang Mencemari Kemurnian Tauhid: Menjadikan Jamaah Sendiri Sebagai Agama" Risalah ini mengupas fenomena jamaah-jamaah di Pusat-pusat Pengajian Tinggi (Universiti) yang tanpa disedari ramai adalah perbuatan syirik kepada Allah. Risalah ini merupakan lanjutan daripada buku saya "11 Perkara Yang Mencemari Kemurnian Tauhid". Kedua: Judul: Let’s Get Acquinted With Al-Qur’an Pengarang: Hafiz Firdaus Abdullah Penterjemah: Shabnam Mokhtar & Siti Manisah Ngalim Saiz dan harga: 7x7, 160mukasurat, RM15.00 Sinopsis ringkas: Buku ini adalah terjemahan dari bahasa Inggeris buku asal saya: "Marilah Berkenalan Dengan al-Qur'an." Antara lain ia menjelaskan tentang peranan sebenar al-Qur'an kepada manusia, bentuk-bentuk salah tafsir yang wujud masa kini, petua-petua mujarab al-Qur'an dan menjawab tuduhan wujudnya ayat-ayat yang saling bercanggah antara satu sama lain. Ketiga: Judul: Membersihkan Salah Faham Terhadap Dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab
(Buku 2) Add as favourites (46) | Quote this article on your site | Views: 1337
Only registered users can write comments. Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6 |
||||
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
| 25.Sep | |
| 25.Sep | |
| 09.Sep |
