Soalan:

Adakah memakai sarung kaki yang warnanya sama dengan warna kulit atau kainnya jarang dikira menutup aurat?

Afifah, Temerloh, Pahang.

Jawapan:
Antara syarat menutup aurat ialah pakaian yang longgar dan kainnya tebal sementara stokin umumnya ketat lagi jarang kainnya. Justeru saya mengesyorkan memakai kain yang labuh dan/atau kasut yang penuh. Jika mampu pakailah kasut but yang menutup buku lali (ankle). Ini lebih sempurna dalam menutup aurat berbanding stokin, apa jua warnanya.