| Ta'abudi (patuh tanpa soal) hanya meliputi perkara ghaib? |
|
|
|
| Ditulis oleh Pengendali Laman | ||||
| Wednesday, 12 September 2007 | ||||
|
Assalamualaikum,
Maaflah
yea..boleh explainkan pada saya dengan bahasa yang paling mudah saya
tak berapa faham..bagaimana ya? Setahu saya soal patuh tanpa soal
(ta'abuddi) hanya meliputi perkara seperti Israk Mikraj Jawapan THTL: Firman Allah swt (maksud), "Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu bertanyakan hal-hal yg tidak diterangkan kepada kamu, niscaya akan menyusahkan kamu." (al-Maaidah:101) "Dan mereka bertanya kamu tentang ruh, katakanlah," Ruh itu termasuk urusan Tuhanku." (al-Isra':85)
"Mereka bertanyamu tentang Kiamat, "bilakah berlakunya?"Siapakah kamu yg dapat menyebut (tarikhnya)?" Kepada Tuhan-mulah dikembalikan kesudahannya." (An-Naazi'at: 42)
Allah menegah babi dengan ayat-ayat berikut dan menjelaskan sebabnya (terjemahnnya): "...kecuali bangkai, darah mengalir atau daging babi kerana barang-barang itu rijs (keji dan najis) atau terlarang ." (al-An'am: 145). Juga dlm ayat, "Dan menghalalkan atas mereka segala yg baik-baik serta mengharamkan yg buruk." (al-A'raf: 157)
Rasional dari Allah sendiri babi itu rijs (jijik/kotor/jelik/najis). Umat Arab tidak pernah melihat babi kerana babi bukan binatang padang pasir, lalu para sahabat tidak pernah bertanyakan apakah sebab sebenar babi diharamkan. Namun kajian-kajian telah dilakukan dan membuktikan apa jua yang Allah dan Nabi saw haramkan kepada manusia memang ia buruk atau najis atau membawa mudharat kepada manusia. Samada manusia nak percaya tanpa soal atau nak buat kajian silakanlah...tapi setiap yg haram memang membawa mudharat kepada manusia.
Apabila Allah SWT menyuruh dilaksanakan Hudud misalnya, jika ada umat Islam yang meminta rasional atau menyatakan alasan sekarang seluruh dunia pakai undang-undang civil, maka undang-undang Tuhan tak releven lagi, maka itu bukan mentaliti umat Islam sebenar. Maka jika ada yg menyatakan kita sudah menemui teknologi terkini untuk membunuh segala kuman dalam babi, maka ia selamat dimakan...kita tetap menolak rasional dan keingkaran itu kerana ia bukan tabi'at umat Islam sebenar.
Rumusan: Watak pemeluk Islam sebenar ialah ia menjadi hamba Allah, patuh kepada titah perintah-Nya melalui kalam Tuhan Al-Qur'an dan perantarannya Muhammad saw (as-Sunnah). Apa jua titah perintah Tuhan dan Nabi-Nya dipatuhi tanpa soal jika ia melibatkan urusan alam ghaib seperti rukun-rukun Iman atau hukum-hakam yg putus. Umat Islam boleh bertanya untuk penjelasan atau metod melakukan dengan betul, umat islam juga boleh bertanya dan mengkaji dan mempersoalkan hukum-hakam yg tidak disebut dalam Al-Qur'an dan asSunnah untuk mendapat penjelasan dan rasional. (Imam Ibn Taymiyah, al-Qias fi syari'at Islamiah) Add as favourites (37) | Quote this article on your site | Views: 1114
Only registered users can write comments. Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6 |
||||
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
| 25.Sep | |
| 25.Sep | |
| 09.Sep |
