Penulis : Ustaz Muhammad Asri Yusoff
Penerbit : Pustaka Bisyaarah
Cetakan Tahun 2004
Harga RM 12.00
Siapakah Ibn Ishaq?
Muhammad
bin Ishaq dianggap oleh kebanyakan orang sebagai "Bapa Sirah" dan
"Ketua Ahli-ahli Sejarah". Beliau terbilang di antara orang-orang yang
pertama menulis buku maghazi dan sirah, lantaran itu segolongan orang
menganggap kata-kata dan pendapat-pendapat Ibnu Ishaq sebagai kata
pemutus.
Benarkah Begitu...?
Yahya bin Sa'id al-Qatthan berkata, "Aku bersaksi bahwa Muhammad bin Ishaq adalah pendusta besar.
Imam
Zahabi pula mengatakan, "Riwayat Ibnu Ishaq gugur dari darjah kesahihan
dan tidak harus djadikan hujjah untuk menentukan halal dan haram."
Imam Nawawi menulis, "Muhammad bin Ishaq adalah di antara perawi-perawi yang tidak menepati syarat-syarat hadis sahih.
Buku ini... ...
Penulisan
buku ini merupakan salah satu usaha mengembalikan ummah kepada sirah
yang tulen dan murni. Ia juga menampilkan peribadi seorang tokoh Syi'ah
yang telah berjaya memenangi hati jutaan ummat Islam sehingga mereka
menabalkannya sebagai raja sirah. Sementara di kalangan ulama' pula
ramai yang terpesona dan terpedaya dengannya, maka riwayat-riwayatnya
disebar dengan meluas sekali dan diterima baik oleh semua lapisan
masyarakat sebagai fakta sirah. Buku ini diharap akan membina daya
pemikiran kritis umat Islam apabila berhadapan dengan sebarang maklumat
yang ditemui atau yang sampai kepada mereka dan tidak lagi mereka boleh
disulap atau diperkotak-katikkan dengan sewenang-wenang oleh
musuh-musuh Islam yang muncul dalam berbagai-bagai rupa.
Ibnu Ishaq. Peranannya dalam penyebaran
- Details
- Written by Pengendali Laman
- Hits: 15949