Soalan:

Saya ingin bertanya, apakah sah puasa seseorang itu sekiranya dia menerima rawatan masuk air melalui saluran darah?

 

Hezrin, Sepang, Selangor.

 

 

Jawapan:

 

Apa yang lebih tepat ialah, jika seseorang itu sakit sehingga terpaksa menerima rawatan memasukkan air ke dalam saluran darah, hendaklah dia membuka puasanya. Memaksa diri berpuasa dalam situasi seperti ini tidak menjana pahala tambahan, bahkan mungkin dosa kerana menzalimi diri sendiri. 

Ada pun rawatan tersebut, ia membatalkan puasa kerana air itu sendiri adalah satu bentuk makanan dan minuman yang dimanfaatkan oleh badan melalui saluran darah.