Daripada Md Shah  
Thu, 12 Jun 2003 11:42:25 +0800

A"kum,
quran-002.gifUst,saya nak tanya mengenai Ayatul Kursi dlm surah Al Baqaroh.....Ada ustaz menyatakan bahawa ayat dijadikan sebagai ayat menghalau syaitan samada ketika masuk rumah baru ataupun ketika anak menangis sbb diganggu syaitan.
Tapi saya pernah terdengar bahawa ayat ini mesti dibaca dgn 7 tempat berhenti dan pula yg mengatakan 9 tempat berhenti dan dimanakah tempat yg patut kita berhenti..

Jadi boleh tak ust huraikan sedikit fadhilat ayat ini dan soalan yg saya kemukan di atas.

Jawapan:

Wa’alaikumussalam waRahmatullah,

Ayatul Kursi, yakni ayat 255 di dalam surah al-Baqarah sememangnya antara ayat yang dianjurkan dibaca bagi mengelak gangguan syaitan. Terdapat beberapa hadis di dalam hal ini daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.

Akan tetapi perlu ditegaskan bahawa kekuasaan Ayatul Kursi tidaklah terletak pada sebutan huruf-hurufnya tetapi adalah berpegang kepada kandungannya. Ayatul Kursi ialah ayat yang menerangkan kekuasaan Allah, keesaan dan segala keluasan sifat-sifat-Nya. Apabila seseorang itu mengakui sepenuhnya dan tunduk kepada Kekuasaan, Keesaan dan segala keluasan sifat-sifat Allah di dalam Ayatul Kursi tersebut, barulah ia bermanfaat untuk mengelak gangguan syaitan.

Dalam ertikata lain, syaitan bukan takut kepada huruf-huruf Ayatul Kursi tetapi pada makna Ayatul Kursi yang menjadi pegangan orang yang membacanya.

Adapun membaca Ayatul Kursi dengan sekian-sekian jumlah perhentian, setakat ini tidak saya ketahui ia berasal daripada sunnah yang sahih. Seseorang itu boleh membacanya seperti biasa dan berhenti jika perlu untuk menarik nafas di tempat yang sedia terdapat tanda waqaf. Yang pentingnya, keistimewaan Ayatul Kursi tidak terletak pada jumlah perhentian bacaan.

Wasallam.