Alhamdulillah, bersama ini diumumkan terbitan beberapa buku baru.

Semuanya diterbitkan oleh Jahabersa, Johor Bahru. Ia boleh didapati di kedai-kedai buku agama yang lazim menjual terbitan Jahabersa. Atau pesan terus dari penerbit di talian 07-2351602.

Laman Syarikat Jahabersa 


Pertama:

pj-1786m.jpgJudul: Looking For Allah’s Blessing Behind Differences of Opinion.

Pengarang: Hafiz Firdaus Abdullah.

Penterjemah: Khalina Osman

Saiz dan harga: Poket saiz, 77 mukasurat, RM6.00

Sinopsis ringkas:


Buku ini merupakan terjemahan bhs Inggeris dari karya asal saya yang berjudul “Mencari Rahmat Allah Di Sebalik Perbezaan Pendapat”

 

Ia menerangkan dua jenis perbezaan pendapat, yang dibolehkan dan yang dilarang, serta sebab-sebab berlaku perbezaan pendapat bagi kedua-dua jenis. Juga menganalisa sejauh mana kebenaran dakwaan persatuan umat Islam lebih penting dari perkara khilafiyah. 

  

Kedua:

Judul: Membongkar Aliran Islam Liberal.

Pengarang: Hafiz Firdaus Abdullah.

Saiz dan harga: 275 mukasurat, RM16.00   

Sinopsis ringkas (dari kulit belakang buku):

Islam Liberal. Demikian sebuah aliran baru yang menyerang Islam dan umatnya di Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu. Hujah-hujah mereka kelihatan kemas dan logik sehingga mudah menarik keyakinan orang ramai.

  

Bagaimanakah kedudukan aliran Islam Liberal apabila diukur dengan piawaian Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah  

Buku ini memuatkan risalah-risalah yang ditulis oleh Hafiz Firdaus Abdullah sejak tahun 2004 untuk membongkar dan menjawab aliran Islam Liberal. Ia menerangkan maksud Islam Liberal, asal usul kelahiran mereka dan ciri-ciri mereka. Ia juga menganalisa dan menjawab beberapa dasar aliran ini secara ilmiah dan tepat.

Ketiga:

Judul: Tujuh Tipu Daya Syaitan Ke Atas Umat Islam.

Pengarang: Hafiz Firdaus Abdullah.

Saiz dan harga: 201 mukasurat, RM12.00

Sinopsis ringkas (dari kulit belakang buku):

Allah s.w.t. berfirman, maksudnya: Sesungguhnya ia (syaitan) adalah musuh yang nyata bagi kamu. Rasulullah s.a.w. pula bersabda, maksudnya: Sesungguhnya syaitan hadir di sisi seseorang kalian pada setiap sesuatu yang kalian lakukan.

  

Ayat al-Qur’an dan hadis di atas menunjukkan bahawa kita, umat Islam, memiliki musuh yang sentiasa memusuhi kita dalam apa jua yang kita lakukan. Akan tetapi disebabkan kita tidak mengenali musuh tersebut dan tidak mengetahui tipu dayanya, kita sering terkandas apabila berhadapan dengannya.

  

Buku ini insya-Allah akan membantu kita melawan syaitan dan menghalangnya dari mengganggu kita. Ia menjelaskan asal usul syaitan, sebab permusuhan syaitan, ciri-ciri syaitan, tipu daya syaitan dan strategi kita untuk melawan syaitan. Semua ini menyebabkan buku ini menjadi satu kemestian untuk dimiliki oleh setiap indivdu muslim.

Selamat mengkaji, wassalamu'alaikum.