thaharah-small.jpgAssalamu’alaikum,
Alhamdulillah, sukacita diperkenalkan terbitan beberapa buku baru:
1. Tajuk: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah.
Pengarang: Mohd. Yaakub bin Mohd. Yunus.

Penerbit: Jahabersa, Johor Bahru.

Harga: RM20.00 (352 mukasurat)

Di Mana: Kedai-kedai buku yang biasa menjual penerbitan Jahabersa atau pesan terus dengan menghubungi penerbit di talian 07-2351602.

Sinopsis ringkas:

Buku ini mengupas 18 persoalan yang lazim ditanya atau dibicara tentang thaharah. Maksud thaharah di sini merangkumi jenis-jenis air, wudhu’, mandi hadas dan tayamum. Contoh persoalan yang dikupas ialah wajibkah wudhu’ ketika tawaf?, wujudkah air mustakmal?, Adakah tidur membatalkan wudhu’?, Bolehkah sekadar menyapu tudung sebagai ganti menyapu kepala (bagi muslimah) ketika berwudhu’? dan pelbagai lagi.

*buku-buku ini turut dimasukkan ke direktori buku.

risalah_6-small.jpg2. Tajuk: Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah (Buku 6)
Pengarang: Hafiz Firdaus bin Abdullah.

Penerbit: Jahabersa, Johor Bahru.

Harga: RM18.00 (216 mukasurat)

Di Mana: Kedai-kedai buku yang biasa menjual penerbitan Jahabersa atau pesan terus dengan menghubungi penerbit di talian 07-2351602.

Sinopsis ringkas:

Buku ini menghimpun lapan risalah yang penting berkenaan isu-isu semasa. Antaranya: Pandangan Ibn Taimiyyah Dalam Tasawuf, Solat Sunat Hajat: Perlukah Berjamaah (oleh Ustaz. Badrul Hisham bin Sulaiman) dan Cadangan Terhadap Prosedur Merebut Mayat Orang Yang Diperselisihkan Keislamannya.