Soalan

Apakah hukum solat dengan memakai baju yang memiliki lukisan manusia atau watak kartun?

Anisah, Rantau Panjang, Kelantan.

Jawapan:

Solat tersebut tetap sah. Hanya tidak disyorkan memakai pakaian sedemikian, sama ada di dalam atau di luar solat kerana malaikat rahmat tidak memasuki rumah yang di dalamnya ada lukisan, imej atau patung makhluk hidup (Shahih Muslim, no: 2112). Pengecualian adalah terhadap kanak-kanak kerana Aisyah (isteri Nabi) pernah bermain dengan patung ketika umur kanak-kanak dan Nabi s.a.w. tidak melarangnya (Shahih Sunan Abu Daud, no: 4932).