Soalan:
Saya sering diejek kerana mempunyai makna nama yang tidak baik. Ada kalanya tersentuh juga hati ini kerana ada rakan-rakan menyebut, nama itu melambangkan diri kita. Apakah yang perlu saya lakukan? Adakah nama ini menjadi doa buat saya?

Gadis kecewa, Arau, Perlis.


Jawapan:
Doa hanya akan didengar dan dimakbulkan oleh Allah jika ia menepati beberapa syarat dan adab. Sekadar panggilan nama bukanlah doa seperti yang lazim dikatakan oleh masyarakat. Namun nama yang baik memang penting sehingga Rasulullah saw pernah mengubah nama beberapa sahabat baginda yang memiliki maksud keburukan. Akan tetapi sebelum anda menukar nama, rujuklah terlebih dahulu kepada orang yang pakar dalam bahasa. Ini kerana kadangkala sesuatu nama sedia memiliki maksud yang baik tetapi tidak diketahui oleh orang ramai termasuk tuan punya diri.