Soalan: 
Apakahberdosa jika seseorang membaca doa atau beberapa surah al-Qur’an ketika hadasbesar, atas tujuan melindungi diri dari gangguan syaitan?

Nabilah, Perak.


Jawapan:

Pendapatyang masyhur menyatakan seseorang yang dalam keadaan hadas besar tidak boleh berdoamahupun membaca al-Qur’an. Kemudian ada pula pendapat yang membolehkan membacaal-Qur’an atas tujuan menjaga hafalan atau untuk berlindung dari gangguansyaitan.Pendapatyang benar ialah, orang yang berhadas besar boleh berdoa dan membaca al-Qur’anatas apa tujuan sekalipun. Ini kerana tidak terdapat dalil sahih yangmenyatakan ia haram atau makruh. Terdapat beberapa riwayat yang melarang, namunia memiliki kelemahan sehingga tidak dapat dijadikan sumber hukum.