Soalan:
Apakah hukum menangis dalam solat?
Ekin, Kota Tinggi, Johor.
Jawapan:
Tidak mengapa menangis dalam solat, apatah lagi jika ia berlaku hasil dari renungan dan mengambil iktibar dari ayat-ayat yang dibaca. Firman Allah: Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis. [Maryam 19:58] Rasulullah juga pernah solat sambil menangis sehingga kedengaran seperti bunyi air mendidih dalam dadanya kerana teresak-esak [Shahih Sunan al-Nasa’e, no: 1214]