Soalan:

Adakah kita disuruh memberi perlindungan kepada si mati dengan memayungkan jenazah atau kerandanya?

Siti Azrina, Butterworth, Pulau Pinang.

 

Jawapan:

Setakat ini saya tidak mengetahui apa-apa petunjuk agama daripada al-Qur’an atau al-Sunnah untuk memayung jenazah. Memayungkan atau tidak, ia tidak memberi apa-apa pengaruh kepada (jenazah). Ini kerana yang akan memberi pengaruh ialah amalannya sendiri berserta doa orang-orang yang masih hidup.