Soalan:

Berdosakah melukis atau mencorak-corakkan kalimah suci dari al-Quran menjadi seperti lembaga yang bernyawa seperti orang yang sedang duduk bertahayat akhir, mengangkat takbir dan berdiri solat (qiam)?

Suriani Ismail, Bachok, Kelantan.

 

Jawapan:

Ya, melukis ayat-ayat al-Qur’an sehingga membentuk sekian-sekian corak atau lembaga ialah satu kesalahan. Walau pun ada yang mengatakan ia satu seni khat, yang benar ia tetap salah kerana ayat-ayat al-Qur’an tersebut tidak lagi dapat dibaca sehingga hilang peranannya sebagai peringatan daripada Allah. Bahkan ia memungkinkan ayat tersebut dibaca secara salah sehingga melahirkan hukum atau kefahaman yang menyelisihi maksud sebenar.

Berbeza dengan ayat-ayat al-Qur’an yang ditulis dengan jelas mengikut Resam Uthmani, ia dibolehkan kerana orang yang melihatnya dapat membacanya dengan betul dan mengambil iktibar daripadanya.