1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

ISU 2 : AL-QURAAN SAHAJA                 

ISU 4 : KELEBIHAN DARI ILMU HADIS

ISU 3 : SANAD DAN MATAN?

 

 

Soalan  3:

 

Perkataan ‘Sanad’ dan ‘Matan’ sering disebut apabila orang bercakap tentang hadis. Apakah maksud dua perkataan ini?

 

 

Jawapan:

 

            Hadis mempunyai dua bahagian iaitu SANAD dan MATAN. Kedua-duanya akan dikaji oleh para ulama hadis bagi menentukan kesahihan sesuatu hadis. Sanad ialah salasilah periwayat-periwayat bagi sesebuah hadis bermula daripada penulis atau pengumpul hadis tersebut sehinggalah kepada matannya iaitu hadis tersebut. Maka sanad adalah penghubung di antara kita dengan sesebuah matan. Di bawah ditunjukkan contoh:   

                  

al Bukhari (256H)  à a à b à c à Saidina Umar Ibn al Khattab à Rasulullah SAW (hadis)

Maka sanad bermula daripada diri al Bukhari itu sendiri sehinggalah kepada  Umar Ibn al Khattab.

 

 

Kepentingan Sanad Dalam Ilmu-Ilmu Islam Khususnya Hadis[1]

 

            Sanad adalah keistimewaan umat akhir zaman yang dipimpin oleh nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW. Para ulama Islam sejak zaman tabiin telah menegaskan kepentingan sanad dalam ilmu-ilmu Islam khususnya ilmu hadis.

 

            Menurut Sufyan al Thauri (161H): Sanad itu senjata mukmin. Jika seseorang tidak memiliki senjata, maka dengan apakah dia ingin berperang? Maksud Sufyan, untuk membuktikan bahawa hadis yang dikatakan itu benar, maka buktinya dan hujahnya (senjatanya) ialah sanad.

 

Menurut Sufyan bin Uyainah(198H) pula:

 

Suatu hari al Zuhri (125H) telah membacakan satu hadis, maka aku berkata kepadanya, Berilah aku hadis itu tanpa sanadnya. Kata al Zuhri: Adakah engkau ingin memanjat ke bumbung tanpa menggunakan tangga?

 

            Ulama Islam pada zaman kegemilangan Islam menggunakan sanad bukan hanya pada ilmu hadis, tetapi juga dalam bidang-bidang yang lain. Ilmu-ilmu itu adalah seperti tafsir, fiqh, sejarah, bahasa, sastera bahkan kisah-kisah lucu dan menarik juga diriwayatkan menggunakan sanad.

 

  

 



[1]Buku al Manhaj al Sahih Fi al Hukmi ‘Ala al Hadith al Nabawiy al Sharif – Adil Mursyid – muka surat 14-16 – cetakan Dar al Basyir.

www.al-firdaus.com