1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

ISU 6 : HADIS DIKATEGORIKAN

     ISU 8 : RUJUKAN HADIS SAHIH

ISU 7 : PENDAPAT ULAMAK

 

 

Soalan  7:

 

Adakah ilmu pengkajian hadis ini berdasarkan kajian ilmiah atau sekadar mengikut pendapat ulama hadis semata-mata?

 

 

Jawapan:

 

            Mungkin ada di kalangan kita yang menyangka bahawa pengelasan hadis adalah usaha yang tidak mempunyai kaedah tetap. Ada juga yang menyangka bahawa pengkajian ini adalah berdasarkan ilmu kasyaf yang bersifat ghaib dan tidak dapat dipelajari secara sistematik. Pengkajian hadis secara kasyaf ini dipopularkan oleh mereka yang terpengaruh dengan fahaman sufi yang melampau. Fahaman ini mengatakan bahawa segolongan tokoh sufi dapat mengenal pasti hadis-hadis yang sahih dan dhaif melalui mimpi atau ilham. Fahaman ini adalah salah dan ditolak oleh para pengkaji hadis sejak dahulu hingga kini.

 

            Ilmu pengkajian hadis ini adalah ilmu pengkajian yang diiktiraf oleh mereka yang pernah mengetahui dan meneliti sejarah perkembangannya. Hal ini diakui oleh orang-orang Islam dan orang-orang bukan Islam. Seorang penulis barat bernama Bernard Lewis telah berkata dalam bukunya Islam In History[1] yang bermaksud:

 

Sejak awal-awal lagi tokoh-tokoh Islam menyedari bahaya penyaksian palsu dan sumber yang tidak kukuh bagi agama. Justeru mereka membina satu kaedah serta pendekatan yang begitu mendalam untuk menapis serta menganalisis sesuatu riwayat. Sistem ilmu ini begitu canggih dan professional dan tidak dapat ditandingi sejak dari dahulu hinggalah ke zaman kontemporari ini.

 

Pengkajian hadis tidak terhad kepada  teori-teori pengkajian semata-mata tetapi ia melibatkan pengalaman dalam mempraktikkan segala teori tersebut dalam kajian sebenar.

 

            Untuk mendapat gambaran lebih lanjut tentang kaedah pengkajian hadis, bolehlah merujuk kepada buku Selangkah Ke Arah Mengenal Al Sunnah yang dikarang oleh Mohd. Asri B. Zainul Abidin.

 

 


 


[1]Kata-kata ini diambil dari buku Bahan Berdakwah Untuk Remaja Moden karya Danial Zainal Abidin - muka surat 39 - cetakan 2003,  PTS Publication & Distributors. Danial banyak mengarang buku-buku yang bermanfaat untuk dijadikan bekalan dakwah pada zaman ini. 

www.al-firdaus.com