C: Berbuat Baik Kepada Ibubapa Pada Masa Hidup Mereka.

 

Berdasarkan ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang menerangkan kedudukan ibubapa terhadap anak-anak, dapat ditarik kesimpulan yang amat mendasar bahawa berbuat baik kepada ibubapa merupakan satu tuntutan yang amat penting dalam Islam. Hendaklah dasar ini diserapkan ke dalam diri masing-masing sehingga ia menjadi salah satu daripada dasar-dasarnya dalam beragama, dalam rangka mentauhidkan Allah Subhanahu wa Ta'ala.

 

Persoalannya, bagaimanakah cara berbuat baik kepada ibubapa? Lebih-lebih lagi dalam suasana kebanyakan kita (anak-anak) sibuk dengan urusan masing-masing seperti pembelajaran, pekerjaan dan keluarga?

 

Cara berbuat baik kepada ibubapa boleh dibahagikan kepada dua kategori:

  • Berbuat baik ketika ibubapa masih hidup.

  • Berbuat baik ketika ibubapa telah meninggal dunia.

Dalam bab ini, kita akan memberi tumpuan untuk berbuat baik kepada ibubapa ketika mereka masih hidup. Terdapat lima langkah utama dan yang pertama adalah:

 

  1. Memaafkan ibubapa

  2. Meminta pertolongan Allah

  3. Memahami ibubapa

  4. Merendahkan diri kepada ibubapa

  5. Mengorbankan diri untuk ibubapa

 

 

Kandungan